nuffnang ads

16 April 2010

Di Mana Kemuliaan Manusia

Setelah bapa manusia Adam a.s telah diciptakan Allah dengan tanganNya sendiri, dan roh ditiupkan, maka para Malaikat diseru agar sujud kepadanya dam Iblis yang tidak sujud telah dibuang oleh Allah daripada syurga dan tidak boleh mendekati pintu Tuhan. Di samping dibekalkan dengan akal yang murni, dan syawat daripada Allah, manusia juga dibekalkan bersamanya musuh yang utama iaitu Iblis apabila manusia mencecahkan kakinya ke dunia. Maka dapat disimpulkan bahawa kemuliaan dan tingginya darjat manusia di sisi Allah berbanding mahluk lain ialah disebabkan oleh Ilmu yang dimiliki. Ini jelas apabila Allah menyeru malaikat untuk sujud kepada Adam, lalu dibantahi oleh malaikat. Namun setelah Allah menguji para malaikat tentang Ilmu pengetahuan mereka, maka jawab Malaikat :
               
  Maha suci Engkau, tidak ada yang kami ketahui selain 
                 darpada apa yang telah Engkau ajar kepada kami.
                 Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

           Sehubungan dengan itulah, maka hanya manusia yang sedar tentang hakikat kejadian dirinya melalui ajaran Ilahi dan bimbingan para rasul dan nabi sahaja yang mampu mengetahui hakikat ini. Orang yang beriman sahaja yang tahu tentang nikmat Ilahi ini bahawa dirinya mempunyai kedudukan di bumi Allah ini. daripada ratusan juta sperma yang terhasil di dalam rahim ibu, hanya menjadi satu sebagai pilihan Allah. Pilihan ini adalah yang terbaik, terhebat dan teristimewa yang disebutkan sebagai "satu dalam sejuta". Pilihan ini telah termaktup di luh al-mahfuz. Orang yang mempunyai tali ikatan dengan Allah sahaja yang merasakan dirinya tidak akan  terlepas daripada bimbingan Allah dan taufiqNya. Tanpa bimbingan ini manusia menjadi lebih kejam daripada binatang. Golongan ini akan sentiasa berterima kasih kepada Allah dan akan mendekati Allah pada setiap masa dan waktu. Semakin dekat dirinya dengan Allah, bertambah kasih kepadaNya, maka bertambah tawakal kepadaNya.

No comments:

Post a Comment