nuffnang ads

29 May 2010

HEBATNYA I'TIKAF

Dari abu hurairah r.a bahawa Rasulullah saw bersabda; "Malaikat mendoakan untuk seseorang kamu selama ia masih berada di dalam musolla (masjid) di mana ia melakukan solat dan selama ia belum berhadas (terbatal wudhu'). Kata Malaikat: "Ya Allah, ampunilah dia dan turunkanlah rahmat-Mu kepadanya."
                                                                                                                                       HR Bukhari,

20 May 2010

EMAK,IBU,UMI,MAMA...........

EMAK

Bila seronok, aku cari.
...pasanganku
Bila sedih, aku cari....Mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....Mak
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....Emakku
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....Mak
Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"
Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. Mak ingat kat aku
Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon Mak
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Emak
Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja...
bolehkah kau kirim wang untuk Mak?
Mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".

Berderai air mata jika kita mendengarnya........

Tapi kalau Mak sudah tiada..........
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....



Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup. mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup..... membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup....... membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......


SAYANGILAH IBU ANDA SEPERTIMANA DIA MENYAYANGI ANDA ...

17 May 2010

KETANDUSAN KASIH SAYANG

1. Antara Suami isteri
   Ikatan perkawinan itu tujuannya untuk menyatukan kehidupan agar lelaki dan perempuan memperolehi kesempurnaan hidup dan membina rumahtangga bahagia bersama-sama anak-anak. suami jadi ketua dan menjaga polisi, isteri jadi pengurus melaksanakan polisi. Sementara anak-anak jadi kakitangan yang akan menjayakan pembinaan rumahtangga yang indah dan bahagia. meraka saling bekerjasama dan rasa bersama.

Tetapi rata-rata dalam rumahtangga di dunia kini, suami isteri tidak boleh berbaik-baik. Sering berselisih faham, berkrisis dan berpecah-belah. Fahaman sekular dan ilmu sekular tidak mampu untuk membuatkan suami isteri bersefahaman, bertolak ansur, hormat-menghormati dan mengekalkan kasih sayang. Kegilaan pada dunia dan harta benda, serta sikap individualistik telah memutuskan kasih dan rasa kemanusiaan sesama manusia sekali pun  antara suami dengan isteri.

Mereka tinggal serumah tapi tidak sehaluan. Masing-masing memaksa-maksa diri untuk menjalankan tanggungjawabnya. Isteri terpaksa berlakon taat, suami memaksa-maksa diri memikul beban keluarga. Bertemu satu penyeksaan. Salah yang kecil jadi masalah besar. Suami kalau ingin 'mendekati' isteri, tanpa persetujuan isteri, dituduh marogol.

Pergaduhan sering terjadi. Kadang-kadang sampai pukul memukul dan berbunuhan. Masing-masing berfikir hendak bercerai tetapi terhalang oleh anak-anak atau tidak mampu membayar harga penceraian yang cukup mahal atau demi memiliki harta bersama. Yang mana kalau bercerai, takutjadi miskin dan papa.

Demikianlah rosaknya hidup manusia sekular ini. Daripada 10 rumahtangga, mungkin satu sahaja yang elok. Selebihnya bagaikan berada dalam penjara yang menyeksakan kedua pihak.


2. Antara Anak-anak Dan Ibu Bapa
   Di dalam rumahtangga orang sekular, yang ibu dan ayah sering bertengkar dan bermasalah, anak-anak pun tentu berjangkit sama. Suasana hidup yang mesra, berkasih sayang dan hormat-menghormati susah sekali berlaku. Suasana tegang, pertengkaran, derhaka, benci-membenci adalah perkara biasa.

Anak-anak yang sepatutnya begitu kasih dan taat serta memuliakan orang tua, tetapi tidak demikian jadinya. Ajaran sekular mengajar anak-anak bertanya ibu bapa, "Mengapa lahirkan saya ke dunia?"

Jasa ibu bapa tidak dinilai, sebab dianggap memang itu tanggungjawab setiap ibu bapa. "Meraka yang nak lahirkan saya, mereka tanggunglah bebannya." Begitu balasan anak pada susah payah orang tua yang membesarkannya.

Sikap mementingkan diri yang disuburkan tanpa kawalan dalam fahaman sekular telah meletakkan rumahtangga dalam ketegangan  dan pecah-belah. Tinggal serumah tapi hati berjauhan. Ibu bapa seolah-olah menyesal melahirkan orang yang menyeksa hidupnya. Pengorbanan membesarkan anak terasa satu kerugian  dan bebanan.

Kalau di Barat. pecahnya institusi keluarga terserlah bilamana anak perlu  membuat temujanji dahulu sebelum datang kerumah ibu bapanya. Tanpa temujanji, kedatangannya tidak dilayan atau tertolak. Begitulah sebaliknya ibu bapa yang hendak kerumah anak nya, kena membuat temujanji terlebih dahulu. Gambarkan, buah hati, cahaya mata yang kita tatang-tatang telah menjadi orang asing, yang pertemuan dengannya dibataslan oleh undang-undang ciptaan sendiri. Bukankah ini penyakit sosial yang membunuh kebahagian hidup manusia? Itulah hasil menganut fahaman dan kehidupan sekular! Sekularisme tidak mampu menyelesaikan masalah ibu bapa dan anak-anak. Keadaan yang melanda seluruh dunia ini terbiar sudah sekian lama. Ada suara-suara mengkritik tetapi penyelesaiannya tetap tiada! Sebab pengkritik tidak membawa contoh atau tidak memaparkan masyarakat model.


3.  Antara Guru Dan Murid
     Sebagaimana rosaknya hati dan fikiran anak-anak terhadap ibu ayah dan begitu jugak sebaliknya, demikianlah yang berlaku di sekolah antara murid dan guru. Antara seorang yang memerlukan ilmu dan didikan  dengan yang memberi ilmu dan didikan. Dunia sekular telah menghanyutkan manusia ke tahap guru dan murid boleh bergaduh, benci-membenci dan biadap terhadap satu sama lain

Sikap individualistik telah menjahanamkan rasa fitrah. Guru bencikan muridnya dan murind bencikan gurunya. Bukan saja dibarat, bahkan negara-negara anak didikan barat, suasana kehidupan di sekolah sudah teruk sekali. Bukan saja dikelas-kelas pengajian akademik, malah dalam sesetengah kelas pengajian agama sekalipun, sudah berlaku perlakuan guru menjerit-jerit memaki hamun anak murid, anak murid mengangkat-angkat kaki ke meja, duduk terkangkang, melawan guru dan seumpanya.

Di setengah negara di Timur, termasuk Malaysia, sudah ada sekolah yang menjadi 'anak angkat' polis. Yakni polis terpaksa berkawal di sana kerana telah banyak berlaku kes jenayah. Sekolah bukan lagi tempat melahirkan insan berguna tetapi bagaikan kandang harimau dan kambing, yang penghuninya melepaskan selera masing-masing.

Itulah sekularisme. Ia membuatkan guru bekerja kerana makan gaji dan murid pun belajar untuk suati hari nanti juga akan dapat makan gaji. Kecintaan pada gaji telah mencabut rasa murni seorang guru untuk melayan  dan mendidik muridnya dengan sebaik-baik.`Juga membunuh rasa murni murid untuk sayang dan hormatkan gurunya. Tiap-tiap hari guru tunggu gaji sedangkan hati jauh sekali untuk bertemu dengan murid. Murid pula ghairah dengan pekerjaan bergaji besar, tetapi malas sekali ke sekolah untuk berdepan dengan harimau-harimau garang di depan kelas.

Itulah kehidupan di sekolah dalam alam sekular. Pusat pendidikan jadi tempat yang penuh masalah.