nuffnang ads

04 June 2012


HAIWAN YANG HALAL DAN HARAM

Sesuatu yang telah disepakati oleh para ulama ialah: asal hokum dalam semua perkara –kecuali ibadah yang mempunyai kaedah lain-  adalah harus hingga datang dalil yang menunjukkan kepada haram. Ini berdasarkan kaedah;

Perkara yang haram adalah apa yang diharamkan oleh Allah dan Rasul-Nya manakala apa yang didiamkan daripadanya adalah sesuatu yang dimaafkan. Sesungguhpun begitu al-Quran talah memberikan panduan tentang makanan yang bagaimanakah yang perlu dan boleh dimakan.

Firman Allah SWT:
“Hai sekelian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat dibumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan; kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu” (al-Baqarah:168)

Firman Allah SWT:
“Dia menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka segala yang buruk     (al-A’raf:157)

Al-Quran telah menegaskan bahawa makan yang dihalalkan oleh Allah ialah yang baik-baik sahaja. Justeru itu makanan yang memudaratkan agama dan kesihatan adalah haram dan termasuk di dalam al-khbai’th.

Perkara –perkara yang diharamkan :

1) Bangkai .
Ini berdasarkan firman Allah SWT:
Katakanlah : “Tiada aku peroleh dalam wahyu yang  diwahyukan kepadaku , sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakai , kecuali kalau makanan itu bangkai , atau darah yang mangalir atau daging
babi ,  kerana sesungguhnya semua itu kotor atau binatang yang disembelih atas nama selain Allah. Barang siapa yang dalam keadaan terpaksa sedang dia tidak menginginkannya dan tidak [pula] melampaui batas ,
maka sesungguhnya Tuhanmu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. [al-An’am:145]

Termasuk di dalam kategori bangkai ialah haiwan:
i-yang mati tercekikatau dicekik.
ii-yan\g mati kerana dipukul sama ada dengan kayu atau dihempap dengan sesuatu yang dikejutkan.
iii-yang mati kerana terjatuh atau dijahtukan dari tempat tinggi termasuk juga yang dicampak ke dalam dan
seumpamanya.
iv-yang mati kerana ditandukoleh binatang lain.
v-yang  mati keranadimakan binatang lain, sekalipun anjing pemburu yang terlatih.

Dalilnya ialah fiman Allah SWT:
Diharamkan bagimu [memakan] bangkai, darah, daging babi, [daging haiwan] yang disembelih atas nama selain Allah ,yang tercekik, yang dipukul, yang jatuh, yang ditanduk, dan yang diterkam binatang buas,
kecuali yang sempat kamu menyembelihnya, dan [diharamkan bagimu] yang diembelih untuk berhala.

Dan [diharamkan juga] mengundi nasib dengan anak panah, [mengundi nasib dengan anak panah itu] adalah kefasikan. [al-Mai’dah;3]
Ayat 3 surah al-Maidah ini mengecualikan mana-mana yang tersebut yang sempat disembelih secara syar’ie selagi ia belum mati.

2)Darah yang mengalir.
 Dalilnya ialah ayat-ayat di atas.
Ibn Abbas r.a telah ditanya tentang limpa, lalu beliau menjawab:

“makanlah’’ lalu mereka berkata: “ia adala darah”, jawab beliau “yang diharamkan kepada kamu hanyalah darah yang mengalir”.

3) Babi.
Dalilnya ialah ayat-ayat diatas.
Ayat-ayat tersebut hanya menyebut daging, ini menyebabkan segelintir manusia menyangka selain dari daging babi seperti tulang dan lemaknya adalah halal. Sedangkan yang sahih ialah: setiap yang berasal darinya adalah haram dan hanya daging yang disebut kerana kebiasaannya daging itu yang dimakan.

4) Sembelihan untuk selain daripada Allah.
Dalilnya ialah ayat-ayat diatas.
Maksudnya ialah binatang disebutkan nama selain Allah semasa penyembelihan. Begitu juga sembelihan yang ditujukan kepada selain daripada Allah, samada disebut namanya atau tidak semasa penyembelihan, bahkan sekali pun dibacakan bismillah. Menurut pengarang Fath al-Majid fi Syarh Kitab al-Tawhid: ” Ini kerana sembelihan untuk berhala (an-Nusb) menunjukkan pengagungan untuk taghut sekalipun tidak dilafaskan namanya. Maka iasama dengan sembelihan yang disebut nama selain Allah. Jika diharamkan kerana disebut: ”dengan nama al-Masih” dan sebagainya, maka memaksudnya adalah lebih aula untuk diharamkan. Sebabnya, ibadat kepada selain dari Allah adalah lebih besar kekufurannyaberbading yang memohon kepada selain  Allah. Oleh yang demikian, jika haiwan itu disembelih untuk selain dari Allahsebagai ibadah (taqarrub), hukumnya haram sekalipun desebut bismillah.

5)  Semua binatang buas (as-Siba’) yang bertaring.
Kata Ibn al-Athir: “iaitu binatang pemangsa yang memakan secara menerkan seperti: singa, harimau, serigala dan seumpanya. Sabda Nabi SAW:
“Setiap yang memiliki taring dari kalangan pemangsa, maka memakannya adalah haram”, (Riwayat Malik, Muslim dan lain-lain dari hadith Abi Tha’labah al-Khusyani)
Al-Syafi’e berpandangan bahawa as-siba’ yang diharamkan ialah yang nyerang manusia seperti singa, harimau dan serigala. Oleh itu dubuk dan musang adalah halal. Abu Hanifa pula berpendapat bahawa karnivor adalah as-sabu’ diantaranya: gajah, dubuk dan kucing. Semuanya haram disisinya.

6) Semua jenis burung berkuku tajam dan menyambar.
Dalilnya ialah hadith Ibn Abbas, katanya:
“Rasulullah SAW  melarang (memakan) setiap yang bertaring dan binatang buas dan setiap yang berkuku (claw) dari burung.” (Riwayat Muslim)
Adapun yang dimaksudkan dengan burung yang mempunyai kuku ialah: yang kukunya tajam digunakan untuk menangkap dan melukakan serta mengoyak mangsa. Cntohnya; helang, enggang, gagak dan laying-layang. Dikecualikan daripadanya; merpati dan burung-burung  kecil, kerana ia termasuk dalam al-mustatob (perkara yang dipandang baik)

7) Keldai peliharaan
 Di antara perkara yang diharamkan oleh Nabi SAW dalam peperangan Khaibar ialah keldai peliharaan. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Kata al-Allamah Siddiq Hasan Khan; “Ramai dikalangan umat arab yang memiliki naluri yang sejahtera mengharamkannya dan dia melihat syaitan.”
Sabda Nabi SAW;
‘Apabila kamu mendengar suara keldai, maka mohonlah perlindungna Allah dari syaitan; sesungguhnya dia melihat syaitan.” (Riwayat al-bukhari dan Muslim)
Para ulama sepakat tentang halalnya keldai liar dan kuda belang dan seladang, Nabi SAW telah dihadiahkan dengan keldai liar lalu baginda memakannya. (Riwayat al-Bukhari dari hadith Abi Qatatah).

8) Al-Jallalah (Binatang yang memakan kotoran)
Iaitu binatang yang memakan kotoran dan sesuatu yang menjijikan. Ibn Hazm menghadkannya hanya kepada yang berkaki empat sedangkan Ibn Hajar menyatakan ianya umum. Dalilnya;
Hadith Ibn Umar;
Rasulullah SAW melarang dari memakan al-jallalah dan meminum susunya. (Riwayat Ahmad, Abu Daud, Ibn Majah dan at-Tirmizi yang mensahihkannya).
Hadith Ibn Abbas;
Larangan itu ialah tentang memakan al-jallalah dan meminum susunya (Riwayat Ahmad, Abu Daud, at-Tirmizi, an-Nasa-I, Ibn Majah, al-Hakim. At-Tirmizi  mensahihkannya ). Kata al-Hafiz dalam al-Fath: ia adalah yang paling sahih dalam bab ini. Kata al-Albani; zahir hadith memihak kepada Ibn Hazmlantaran disebut tentang susunya. Sungguhpun begitu, para ulam meluaskannya kepada yang lebih umum sebagaimana yang disebut oleh Ibn Hajar. Kata al-Baghawi; ‘kemudian hokum tentang binatang yang memakan kotoran, hendaklah dilihat; jika ia hanya memakannya kadang-kadang, maka ia bukan al-jallalah; justeru tidak haram dimakan seperti ayam dan sebagainya”. Kata Ibn Hazm; “telah sahih bahawa Abu Musa mengurung ayam (bertujuan membersihkan makanannya), jika didapati memakan kotoran”.

Berhubung hal ini para ulama berbeza pendapat:
i-                     Ahmad, ath-Thauri dan al-Syafi’iyyah berpendapat memakan al-jallalah adalah haram. Inilah yang ditegaskan oleh Ibn Daqiq al-Eid.
ii-                   Sebahagian yang lain menyatakan hukumnya adalah makruh sahaja.

Hukum memakan haiwan halal yang memakan bahan dari daging babi.
i-                     Pendapat Malik dan sebahagian ulama; daging dan telurnya harus dimakan; kerana makanan yang najis itu dapat disucikan dengan istilah (seperti mengurungnya).
ii-                   Pendapat sebahagian yang lain seperti ath-Thauri, al-Syafi’e dan Ahmad; haram memakan daging, telur dan susunya.
iii-                  Pendapat yang lain; jika kebanyakkan makanan nya adalah najis, maka dia adalah jallalah dan tidak boleh dimakan, sebaliknya jika kebanyakkan makanannya bukan najis, ia boleh dimakan.
- Jawatankuasa Tetap Penyelidikan dan Fatwa Arab Saudi mentarjihkan pendapat yang mendetailkan keadaan.
‘Illah bagi keharaman al-Jallalah ialah kenajisan, ‘Illah itulah yang mengubah daging dan susunya dari halal kepada haram. Jadi apabila ‘illat itu hilang dengan cara mengurungnya atau yang seumpama itu, hilanglah hukumnya berdasarkan kaedah, oleh demikian, tiada lagi ruang untuk mengharamkannya. Kerana ia adalah halal asalnya dan diharamkan lantaran halangan  (najis). Apabila hilang najis, hilang haram.
Pendapat inilah yang sahih sepertimana yang dijelaskan oleh al-Hafiz dalam al-Fath dan al-Albani. Namun tiada satu had yang ditentukan dalam mengurung ayam al-jallalah selama 3 hari. Kata Siddiq Hasan Khan:
”barangsapa yang mendakwa bahawa najis itu masih kekal, sedangkan nama dan sifatnya sudah pergi, hendaklah memberikan dalil”.

9) Anjing dan kucing
Hampir tiada khilaf dikalangan ulama tentang pengharaman anjing melainkan satu riwayat pandangan Malik yang menyatakan sebagai halal. Sungguhpun begitu, sebahagian ulama Malikiyyah (khususnya yang mutaakhirin0 menyanggahi pandangan itu. Pengharaman anjing datang dengan beberapa faktor;
i-                     ia adalah najis menurut jumhur ulama; lataran arahan Nabi SAW supaya bekas yang dijilat oleh anjing hendaklah dibasuh 7 kali yang pertama dengan air tanah. (Riwayat Muslim).
ii-                   Ia termasuk didalam al-mustakhbath (yang paling jijik); ia memakan kotoran.
iii-                  Larangan Nabi SAW daripada memakan harga anjing dan kucing. (Riwayat as-sahih)
Dalil keharaman kucing pula disebut di dalam hadith Jabir;
Bahawasanya Nabi SAW telah melarang dari memakan kucing dan harganya. (Riwayat Abu Daud, at-Tirmizi, dan Ibn Majah, dalam isnad hadith ini Muhammad bin Zaid – dhaif).
Sungguhpun begitu , ia dikuatkan dengan dalil yang sama tentang keharaman anjing diatas. Menurut ulama, tiada beza hokum diantara kucing liar ataupun jinak, melainkan salah satu pandangan al-Syafi;yyah yang menyatakan halal kucing liar.

10) Semua binatang yang menjijikan.
Firman Allah SWT:
“ dan dia menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka segala yang buruk” (al-A’raf:157)
Kebanyakan ulama memberikan garis panduan dalam hal ini seperti berikut;
i-                     Apa yang dipandang jijik dan kotor oleh manusia (yang murni Fitrahnya) dari jenis haiwan – bukan kerana sesuatu ‘illah atau kerana tidak biasa – sebaliknya semata-mata kerana mengangapnya jijik, maka ia adalah haram.
ii-                   Apabila sebahagian manusia menganggapnya jijik sedangkan ia tidak, maka yang diambil kira ialah tanggapan majority.
Sungguhpun begitu , al-Albani mempersoalkan tentang kesukaran menetukan yang manakah pandangan teramai dan ia juga membabitkan soal budaya dan seumpamanya. Oleh itu menurutnya, yang paling tepat ialah: setiap yang jijik disisi syara’itu tentulah akan memudaratkan diri dan agama manusia.
Kebanyakan haiwan yang tidak dimakan oleh manusia sedangkan tiada dalil yang jelas menunjukkan ia haram, merupakan haiwan dari kategori ini.

11) Semua binatang yang diarahkan untuk dibunuh atau dilarang dari dibunuh.
Sebilangan ulama berpendapat bahawa binatang-binatang yang dilarang oleh Nabi SAW dari membunuhnya atau yang diarahkan untuk membunuhnya adalah haram
Binatang yang diarahkan dibunuh;
Sabda Nabi SAW;
Dari ‘Aisyah bahawa rasul SAW bersabda;
5 jenis binatang semuanya fawasiqboleh dibunuh di Tanah Haram; burung gagak, burung laying-layang, kala jengking, tikus, anjing dan al-aqur (sejenis binatang yang menggigit). (Riwayat al-Bukhari, Muslim, at-tirmizi dan an-Nasai).
Binatang yang dilarang dibunh;
Sabda Nabi SAW;
Dari Ibn Abbas bahawa Nabi SAW telah melarang daripada membunuh 4 jenis binatang semut, lebah,belatuk dan nuri.

12) Binatang beracun samada yang ikan atau selainnya, diburu atau dijumpai mati.
Ini adala jelas kerana Islam melarang al-Khabai’th. Juga dengan umum ayat;
“ Dan Belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan jangalah kamu menjatuhkan dirimu sendiri kedalam kebinasaan, dan berbuat baiklah, kerana sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik”. (al-Baqarah:195)

13) Haiwan dua Alam
Kata al-Qadi Ibn al-Arabi; Pendapat yang sahih berhubung haiwan yang hidup didarat dan air ialah dilarang; kerana terdapat percanggahan dalil halal dan haram. Lalu kami memenangkan dalil haram sebagai langkah berhati-hati (ihtiyat).
Sementara sebilangan ulama pula berpendapat bahaw a semua haiwan  yang memang hidup dilaut adalah halal sekalipun ia mungkin boleh hidup didaratan  kecuali katak kerana  ada dalil lain berhubungnya.

14) Binatang yang tidak disebutkan statusnya
Berdasarkan sbda Nabi SAW;
“ Apa yang Allah halalkan didalam kitab-Nya, maka ia halal. Apa yang Allah haramkan, maka ia haram.
Apa yang Allah diamkan tentangnya, maka ia adalah dimaafkan. (Riwayat al-Bazzar dan katanya; sanadnya sahih, juga disahihkan oleh al-Hakim).”

15) Contoh-contoh binatang yang diperselisihkan hukumnya.
a) Landak;
- yang mengharamkannya; Abu Hanifah dan Ahmad
- yang menghalalkannya Malik dan Syafi’e, Dalil yang mengharamkannya, ialah hadith dari Ibn Umar dalam riwayat Ahmad dan Abu Daud. Namun isnadnya dhaif. Oleh itu yang rajah ialah: halal.

b) Katak
- yang menghalalkannya; Malik
Dalilnya;
Umum ayat Allah (terjemahan)
“ Dihalal bagi kamu binatang buruan laut dan makanan (yang berasal) adri laut sebagai makanan yang lazat bagimu, dan orang-orang yang dalam perjalanan (al-Maidah:96)
- Umum hadith tentang air dan bangkai haiwan dilautan.
Dia (laut) suci air nya dan halal bangkainya. (Riwayat Malik, al-Syafi’e dan Imam yang empat).
Kedua-dua dalil ini umum tentang hidupan  / haiwan di laut (air), lalu ia mengcakupi katak; kerana katak termasuk dalam kategori soidul bahr.
- yang mengharamkan; Ahmad
Dalilnya :
Hadith Abd Rahman  bin Uthman tentang seorang doctor bertanya kepada Nabi SAW tentang hukum menjadikan katak sebagai ubat (untuk dimakan), lalu Nabi SAW melarang dari membunuhnya. (Riwayat disahihkan oleh al-Hakim. Dalam sanadnya ada Sa’id bin Khalid al-Qurtubi; didhaifkan oleh an-Nasai tetapi dithiqahkan oleh Ibn Hibban serta kata ad-Daraqutni; dia Madaniyy yang boleh dibuat hujah denganya).
Justeru itu, jika nabi melarang dari dibunuh katak sedangkan tujuannya adalah untuk sesuatu yang penting seperti dijadikan ubat, tentulah ia tidak boleh dimakan sebarangan. Larangan makannya pula tentulah kerana ia memang haram dimakan. Ini kerana Nabi SAW jika melarang dari membunuh sesuatu haiwan,  maka ia mungkin kerana kehormatannya seperti manusia atau kerana haram dimakan seperti katak.
Asy-Syawkani pula seakan-akan tidak bersetuju dengan kaedah binatang yang dilarang dibunuh bererti haram dimakan; lantaran baginya tidak jelas.
Namun yang rajih ialah: katak haram dimakan.

c) Buaya
- yang menghalalkannya; Malik, Syafi’e dan sebahagian yang lain. Ini kerana termasuk didalam soidul barh. Oleh itu tentulah i9a terkandung didalam ayat surah al-Maidah:96 tersebut.
-  yang mengharamkannya ; Abu Hanifah dan sebahagia yang lain. Ini kerana ia termasuk di dalam binatang buas, lalu termasuk di dalam kategori binatang buas bertaring.
Kata Ibn Baz; masalah ini adalah ijtihadiyyah dan perbahasan nya luas, namun yang lebih ahwat (berhati-hati) ialah meninggalkan daripada memakannya; mengambil kira khilaf yang wujud disamping langkah berjaga-jaga mengelakkan larangan.

Penutup
Ini adalah yang dapat diusahakan berhubung persoalan halal dan haramnya binatang-binatang yang mempunyi berbagai-bagai specis. Penjelasan tajuk boleh dirujuk di dalam kitab-kitab tafsir dan hadith serta buku-buku fiqh.,