nuffnang ads

24 April 2010

MUTIARA BERHARGA MENGENAI .......... SYUKUR

"Maka ingatlah kepada-Ku supaya Aku ingat kepadamu.
Dan bersyukurlah kepada-Ku dan janganlah kamu
menjadi orang-orang yang tidak mahu berterima kasih"
(Al Baqarah: 152)

"Allah Taala tidak akan berbuat menyeksa kamu
kalau kamu bersyukur dan beriman"
(An Nisa: 147)

"Dan kami akan memberikan ganjaran
untuk orang-orang yang bersyukur"
(Ali Imran: 145)

"Dan sedikit sekali hamba-hamba-Ku
yang tahu bersyukur"
(Saba: 13)

"Kalau kamu bersyukur nescaya Aku
tambah nikmat-Ku kepadamu"
(Ibrahim: 7)

"Orang yang makan yang bersyukur
adalah seperti orang yang berpuasa yang sabar"
(Maksud Hadis)

Syukur itu setengah dari iman.
(Ibnu Mas'ud)

renung-renungkanlah.

22 April 2010

"SESUNGGUHNYA, ALLAH MEMANG SENGAJA..........

Memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yang salah supaya kita dapat
menjadi penilai yang baik.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita 
dengan orang yang salah supaya kita sedar
bahawa kita hanyalah mahluk yang sentiasa
mengharapkan pertolongan ALLAH.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yang salah supaya kita dapat
KASIH SAYANG YANG TERBAIK KHAS UNTUK 
DIRI KITA.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yang salah supaya kita sedar
bahawa ALLAH MAHA PEMURAH DAN PENYAYANG
kerana mengingatkan kita bahawa dia
bukanlah pilihan yang hebat untuk kita
dan kehidupan kita pada masa depan....

Memang ALLAH sengaja menemukan kita 
dengan orang yang salah supaya kita dapat
mengutip pengalaman yang tak semua orang
berpeluang untuk mengalaminya.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yang salah supaya kita jadi
MANUSIA yang HEBAT JIWANYA.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yang salah supaya kita lebih
faham bahawa CINTA yang TERBAIK HANYA ADA
BERSAMA ALLAH

Memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang salah supaya kita LEBIH
MENGENAL KEHIDUPAN yang TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yang kecewa, menderita dan
sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa 
kehidupan kita semakin sampai ke
penghujungnya. Hari esok pun kita
sendiri tak pasti sama ada menjadi milik 
kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan 
melaksanakan suruhan-NYA dan
meninggalkan larangan NYA

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu
untuk menolak permintaan hamba-NYA yang
menadah tangan meminta dengan penuh
pengharapan HANYA kepada-NYA.

17 April 2010

Sabda nabi saw: Mengumpul harta akan ditimpa 5 kesusahan;


1.  Bekerja keras dalam mengumpulkannya
2.  Lupa kepada Allah kerana sibuk mengumpulkan harta
3.  Sentiasa dalam ketakutan kerana bimbang hartanya dirampas dan dicuri orang
4.  hampir kepada bakhil
5.  Jauh daripada orang-orang soleh kerana sibuk dengan mencari harta.

16 April 2010

Di Mana Kemuliaan Manusia

Setelah bapa manusia Adam a.s telah diciptakan Allah dengan tanganNya sendiri, dan roh ditiupkan, maka para Malaikat diseru agar sujud kepadanya dam Iblis yang tidak sujud telah dibuang oleh Allah daripada syurga dan tidak boleh mendekati pintu Tuhan. Di samping dibekalkan dengan akal yang murni, dan syawat daripada Allah, manusia juga dibekalkan bersamanya musuh yang utama iaitu Iblis apabila manusia mencecahkan kakinya ke dunia. Maka dapat disimpulkan bahawa kemuliaan dan tingginya darjat manusia di sisi Allah berbanding mahluk lain ialah disebabkan oleh Ilmu yang dimiliki. Ini jelas apabila Allah menyeru malaikat untuk sujud kepada Adam, lalu dibantahi oleh malaikat. Namun setelah Allah menguji para malaikat tentang Ilmu pengetahuan mereka, maka jawab Malaikat :
               
  Maha suci Engkau, tidak ada yang kami ketahui selain 
                 darpada apa yang telah Engkau ajar kepada kami.
                 Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

           Sehubungan dengan itulah, maka hanya manusia yang sedar tentang hakikat kejadian dirinya melalui ajaran Ilahi dan bimbingan para rasul dan nabi sahaja yang mampu mengetahui hakikat ini. Orang yang beriman sahaja yang tahu tentang nikmat Ilahi ini bahawa dirinya mempunyai kedudukan di bumi Allah ini. daripada ratusan juta sperma yang terhasil di dalam rahim ibu, hanya menjadi satu sebagai pilihan Allah. Pilihan ini adalah yang terbaik, terhebat dan teristimewa yang disebutkan sebagai "satu dalam sejuta". Pilihan ini telah termaktup di luh al-mahfuz. Orang yang mempunyai tali ikatan dengan Allah sahaja yang merasakan dirinya tidak akan  terlepas daripada bimbingan Allah dan taufiqNya. Tanpa bimbingan ini manusia menjadi lebih kejam daripada binatang. Golongan ini akan sentiasa berterima kasih kepada Allah dan akan mendekati Allah pada setiap masa dan waktu. Semakin dekat dirinya dengan Allah, bertambah kasih kepadaNya, maka bertambah tawakal kepadaNya.

MANUSIA SEBAGAI INSAN

Perkataan manusia di dalam Al-Quran telah disebut sebanyak 18 kali.
Perbincangan tentang insan sangat penting dalam konteks memahami tanggungjawab dan peranan manusia sebagai insan. Bermula dengan konsep inilah akan melahirkan bentuk insan yang mempunyai nilai-nilai keinsan itu sendiri mengikut fitrahnya, sebagai seorang muslim, mukmin, muttaqi, dan muhsin, bersifat atau sebaliknya sehingga menjadi Insan yang kufur, syirik, munafiq dan hipokrit.
          Kita sebagai manusia sudah semestinya ingin mengetahui tentang hakikat diri manusia dan kahadiran kita ke bumi Allah. Walau pun manusia telah mengkaji dan menyelidiki latar belakang diri mereka, namun manusia tetap tidak akan mengenali dirinya sendiri selagi mana manusia tidak mahu menerima hakikat kejadian dirinya oleh Allah SWT.


Ini sebagaimana yang dinyatakan oleh Imam Al-Ghazali
          Ertinya: Sesiapa yang kenal dirinya, maka dia akan kenal tuhanya

Mutiara Berharga Mengenai.......Sabar

"dan Kami akan berikan kepada orang yang sabar itu pembalasan menurut apa yang telah mereka kerjakan dengan sebaik-baiknya"                    (An Nahl: 96)

"Sesungguhnya orang-orang yang sabar itu akan disemournakan pahalanya dengan tiada terhitung."                (Az Zumar: 10)

"Hendaklah kamu bersabar sesungguhnya Allah bersama-sama orang yang sabar."   (Al Anfal: 46)

Sabar itu separuh dari iman.   (Maksud Hadis)

Haruslah engkau bersabar, dan ketahuilah bahawa sabr itu dua yang utama iaitu sabar pada waktu musibah dan yang paling utama sabar daripada melakukan apa yang diharamkan oleh Allah.Sabar itu dengan memiliki iman. Takwa itu kebajikan yang utama dan takwa itu dengan sabar.     (Umar al Khattab r.a)

Iman itu dibanyakkan di atas empat tiang iaitu yakin, sabar, jihad dan adil.    (Ali r.a)

Sabar itu dari iman adalah seperti kedudukan kepala pada tubuh. Tidak ada tubuh bagi orang yang tidak mempunyai kepala. Dan tidak ada iman bagi orang yang tidak mempunyai kesabaran.   (Ali r.a)

Sabar dalam al-Quran  tiga tingkat:
a. Sabar pada menunaikan perkara yang difardhu oleh Allah maka baginya pahala tiga ratus tingkat.
b. sabar atas apa yang diharamkan oleh Allah maka baginya pahala tiga ratus tingkat.
c. Sabar atas musibah maka baginya pahala sembilan ratus tingkat.        (Ibnu Abbas r.a)

Puasa itu separuh sabar.     (Maksud Hadis)

sebagai manusia  kita akan selalu diuji...... disitu kita akan dapat melihat tahap kesabaran ......... kita

14 April 2010

SALAM MANIS

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH
LAGI MAHA MENGASIHANI

Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian Makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah. Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, Ia mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya. Ingatlah! Sesungguhnya manusia tetap melampaui batas (yang sepatutnya atau yang sewajibnya), dengan sebab ia melihat dirinya sudah cukup apa yang dihajatinya. (Ingatlah) sesungguhnya kepada Tuhanmulah tempat kembali (untuk menerima balasan). Adakah engkau nampak (baiknya) orang yang melarang (dan menghalang), seorang hamba Allah apabila ia mengerjakan sembahyang? Adakah engkau nampak (buruknya) jika ia berada diatas jalan yang betul? Atau ia menyuruh orang betakwa (jangan melakukan syirik)? Adakah engkau nampak (terlepasnya dari azab) jika ia mendustakan (apa yang disampaikan oleh Nabi Muhammad S.A.W kepadanya) serta ia berpaling ingkar? Tidakkah ia mengetahui bahawa sesungguhnya Allah melihat (segala amal perbuatannya dan membalasnya)? jangan sekali-kali berlaku derhaka! Demi sesungguhnya jika ia tidak berhenti (dari perbuatannya yang buruk itu), nescaya Kami akan menyentap ubun-ubunnya (dan menyeretnya kedalam Neraka), ubun-ubun (orang) yang berdusta, yang bersalah. kemudian biarlah ia memanggil kumpulannya (untuk menyelamatkan). Kami pula akan memanggil malaikat Zabaniyah (untuk menyeksanya)! Ingatlah! Janganlah engkau (wahai Muhammad) menurut kehendaknya, dan (sebaliknya) sujudlah dan dampingkanlah dirimu kepada Allah (dengan ta'at dan beramal soleh)!

Terjemahan surah AL-'ALAQ