nuffnang ads

11 September 2011

ADAB MENYAMBUT EIDUL FITRI

a.  Mandi sunat hari raya diawal pagi
b.  Memakai wangian dan pakaian paling bagus, dan tidak semestinya baru; pakaian menutup aurat tidak jarang dan tidak ketat.
c.  Makan sebelum berangkat menuju ketempat solat sunat Eidul Fitri
d. Sepanjang ketempat solat sunat Eidul Fitri, pada waktu ini lah sebenarnya waktu terbaik untuk melafazkan takbir raya. Ini tidaklah bermakna ada larangan untuk kita bertakbir pada waktu sebelumnya, seperti yang diamalkan di Malaysia, bertakbir dari rumah ke rumah selagi mana tidak menyusahkan tuan rumah
e. Sebaik-baik tempat solat Eidul Fitri ialah ditempat terbuka seperti dipadang atau dewan besar, di mana dibolehkan perhimpunan besar diadakan. Sekiranya keadaan diizinkan di Malaysia, budaya solat sunat Eid di surau-surau kecil perlu di kurangkan secara beansur-ansur, dengan memilih tempat yang besar seperti dewan atau padang, dengan bacaan imam terbaik, serta khutbah raya terbaik.
f. Semua  disunatkan pergi ketempat solat tersebut, termasuklah bagi wanita yang haid. Bagi yang terlambat, atau keseorangan di kejauhan, maka bolehlan dibuat secara bersendirian.
g. Pulang mengikut jalan yang lain berbanding jalan pergi ke tempat solat. Ini bagi membolehkan kita bertemu dengan lebih ramai umat Islam.
h. Mengucapkan tahniah dan doa kepada umat Islam lain. Selain ucapan-ucapan raya yang biasa diamalkan, ada sepotong hadith hasan yang menyebut nabi memberikan ucapan 'Taqabballahu minna wa minkum' yang bermaksud semoga Allah menerima amalan kita semua.
i. Membuat apa sahaja simbol gembira dan mengembirakan orang lain, asalkan tidak melanggar syariat. Nabi sendiri mengizinkan dua budak perempuan daripada bani Aus menyanyikan lagu kaum mereka di rumah baginda ketika Aisyah berada di rumah.

Akhirnya, persoalan apa bestnya raya...... hanya mempunyai satu jawapan sahaja. iaitu bestnya raya..... sekiranya kita best menunaikan ibadah Ramadhan, serta memahami falsafah Eidul Fitri.