nuffnang ads

16 December 2011


KEHIDUPAN KITA
Sudahkah kita berfikir sejenak adakah kita diberi peluang untuk hidup selama 70, 80 mahupun 100 tahun lagi? Sempatkah kita menjalankan amanah yang telah ditetapkan-Nya untuk kita?

Kita seringkali merujuk masa muda adalah masa untuk bersuka ria, masa untuk mengumpul harta dan masa tua adalah masa untuk kita beribadah. Dengan kata lain kita insaf kembali kepangkal jalan.

Saya berikan satu kronologi sebuah kehidupan bermula dari kelahiran kita hingga kealam tua kita.

1) Alam kanak-kanak
Ibu lahirkan kita dengan sebegitu sakitnya yang tidak dapat kita bayangkan kesakitannya. Kelahiran kita diiringi dengan seribu harapan menggunung daripada ibu bapa kita agar kita menjadi seorang yang berguna kelak.
Zaman kanak-kanak sememangnya zaman yang sangat bermakna untuk kita semua dengan pelbagai suka  dan duka yang masih kita kenang hingga kini.Di sinilah ibu bapa mencorakkan kita menjadi seorang individu yang berguna, di sinilah bermulanya asas-asas kita tentang agama diajarkan.

2) Alam remaja
Masuk pula zaman remaja iaitu kita telah akil baligh dan alam dimana kita ingin mencuba sesuatu yang baru. Pada masa ini akal sudah bermula berfungsi untuk membezakan yang mana baik dan yang mana buruk.

3) Alam dewasa (kerja dan berumahtangga)
Ala mini kita telah menjadi seorang yang boleh dipertanggungjawabkan dalam melaksanakan tugas-tugas, boleh memimpin sebuah keluarga. Di ala mini jugalah kita mula merealisasikan impian kita sejak dari kecil lagi contohnya mengumpul harta untuk menjadi jutawan dan sebagainya.

4) Alam tua
Setelah penat bekerja selama puluhan tahun, penat mengumpul harta, penat membesarkan anak, alam ini dikatakan alam untuk kita berehat. Bak kata orang RTM (rehat tunggu mati). Masa untuk kita mengenal Tuhannya. Masa inilah kita sering pergi kemasjid. Tapi kita sekadar pergi, banyak yang kita tidak tahu. Kita tidak tahu mengaji al-quran. Kita tak pernah mengaji ilmu. Kita tiada pendidikan agama yang lengkap. Buat ibadat ikut-ikutan sahaja. Bahasa arab jauh sekali lah. Kalau nak mengaji sekarang malulah. Pandai lagi cucu kita. Jadi kita bagilah alasan , nantilah kita belajar dengan cucu kita.

Saya boleh jamin inilah kehidupan tipikal manusia sekarang.

Semua peringkat kehidupan yang saya nyatakan di atas jika kita pandang dari sudut keduniaan pastinya tidak memberikan kebahagiaan kita di akhirat kelak jika kita hanya mengejar dunia semata-mata tanpa adanya disulami dengan bekalan akhirat.
Bersyukur juga ada yang sejak kecil lagi kita dah diajarkan ilmu agama yang secukupnya, tetapi apa yang kita lihat trend sekarang, (saya tidak mengatakan semua manusia zaman sekarang sebegini hanya segolongan sahaja, iaitu mereka yang mengejar kebahagiaan dunia semata-mata, bagim mereka kebahagiaan inilah kebahagiaan selama-lamanya untuk mereka) Diajarkan ilmu agama yang mencukupi ketika kecil tetapi selepas membesar lalai dan hanyut dengan nikmat keduniaan dan godaan hawa nafsu dan syaitan sehingga lupa akan Tuhannya. Kebanyakan manusia sekarang apabila berkerja tidak ingat lagi dengan ibadah mereka terhadap Allah S.W.T

Kerja lebih dipentingkan dan soal ibagah  dan agama hanyalah perkara kecil bagi mereka. Selama puluhan tahun kita sibuk berkerja tanpa ada amal ibadah ; hanya mengharapkan alam tua sebagai alam kita menebus dosa yang lampau.

Adakah cukup alam tua kita dihabiskan untuk beramal?
Adakah kita akan hidup 100 tahun?

Kita ambil contoh umur Nabi kita, Nabi Muhammmad S.A.W sebagai ’benchmark’ ajal kita. Jika kita ambil umur nabi sebagai ajal kita iaitu 63 tahun Nabi wafat setelah kita pencen pada umur 58 tahun tinggallah baki tujh tahun lagi untuk beribadat. Cukupkah itu?

Cukupkah ia dibawa untuk kita menghadap Allah S.W.T di akhirat kelak?
Masih mampu dan bertenagakah kita melaksanakan perintahnya?
Sihatkah kita pada masa itu?

Itulah anggapan orang muda yang sering menganggap perjalan hidup mereka masih jauh dan menetapkan alamtua itulah masa untuk kembali kepada-Nya.

Andai ditakdirkan kita meninggal dunia pada usia yang muda dalam keadaan kita tidak melaksanakan syariat-Nya sudah pasti kita akan mendapat balasan yang setimpal di akhirat kelak. Justeru, kita hendaklah ada rasa gentar dalam diri kita akan ajal yang datang menjemput kita itu tidak mengenal usia.

Hendaklah kita sentiasa istiqomah dalam melakukan ibadah kepada-Nya sejak dari muda sampailah ke hari tua.

Sabda Nabi S.A.W :

“Orang yang paling bijak ialah orang yang sentiasa mengingati mati”

Rasulullah S.A.W telah menjelaskan  perihal orang yang bijak iaitu orang yang sentiasa mengingati mati. Maka hendaklah kita menjadi salah seorang daripada orang bijak yang Nabi maksudkan.

“Bekerjalah seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun dan beribadatlah seolah-olah kamu akan mati keesokannya”
Rebutlah peluang ini dengan menasihati dan mengawasi anak cucu kita generasi keturunan kita agar menjadi orang yang bijak, bekerja bersungguh-sungguh sewaktu di dunia dan beramal ibadah untuk bekal akhirat yang kekal abadi.

Dipanjangkan dari masjid Al-Hidayah Telok Panglima Garang  

13 December 2011


APABILA SANGKAKALA DITIUP...

 Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.
 Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.
 Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.
 Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.
 Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.
 Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.
 Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.
 Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.
 Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.
 Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.
 Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
- Pemimpin yang adil.
- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".
- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

 Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.
 Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.
 Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.
 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.
 Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.
 Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.
 Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.
 Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.
 Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.
 Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.
 Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.
 Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.
 Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.
 Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.
 Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)
 Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.
 Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.
 Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.
 Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.


Rujukan:
Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-
Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.
 Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. 
Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
 Sedekah/amal jariahnya. Doa anak²nya yang soleh. Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.
 

03 December 2011


Dalang Tragedi Berdarah 13 Mei Ditelanjangkan Di Parlimen…

Pengungkaian, proklamasi-proklamasi Darurat oleh YAB PM, Datuk Sri Najib di Dewan Rakyat baru-baru ini digunakan sepenuhnya oleh Zulkifli Nordin MP Kulim Bandar Baharu untuk menelanjangi semaunya Lim Kit Siang dan DAP, parti yang didakwa oleh YB itu sebagai pencetus kepada peristiwa berdarah 13 Mei hingga merenggang dan memecahbelahkan orang-orang Melayu dan Cina di Negara ini.
Zulkifli Nordin yang diberikan laluan oleh Ibrahim Ali sewaktu MP Pasir Pas sedang membahaskan usul mengambil peluang secukupnya membelasah Lim Kit Siang dan DAP walaupun perbahasannya cuba disekat oleh Speaker Dewan Rakyat ketika itu dan semua MP DAP termasuklah rakan mereka daripada Pas dan PKR berdiam diri bila Zulkifli Nordin menyerang bertubi-tubi.
Tidak ada seorang pun wakil pembangkang bangun menyanggah hujah-hujah yang dilemparkan oleh MP Kulim itu dan seolah-olah mengakui segala kebenarannya.
Tidak ada seorang pun wakil pembangkang bangun menyanggah hujah-hujah yang dilemparkan oleh MP Kulim itu dan seolah-olah mengakui segala kebenarannya.
Kepada yang buta sejarah, pendedahan dalam Dewan Rakyat yang dilakukan oleh Zulkifli Nordin itu harus membuka mata mereka tentang niat jahat DAP yang mahu menguasai negara ini dengan memperalatkan Pas dan PKR.
Malah orang Melayu terutamanya harus menyedari dengan segera taktik licik dan jahat DAP ini untuk menguasai Malaysia ini berpaksikan slogan mereka ‘Malaysian Malaysia’ dengan tidak membenarkan mereka terus dijadikan alat untuk dipecahkan kesatuan Melayu yang telah diikat kukuh sekian lama..

Melayu yang lupa sejarah terus sanggup membiarkan diri mereka dijadikan perkakas oleh DAP. Melayu yang hilang jati dirinya sudah mula rela menjadi barua DAP untuk menyerang sesama Melayu. Melayu yang semakin lupa Allah itu Tuhannya sudah mula bersedia untuk menerima agama-agama baru yang DAP sedang suntik ke dalam masyarakat hari ini.
Andainya pendedahan yang dilakukan oleh Zulkifli Nordin ini gagal diambil sebagai iktibar untuk mengelak penjajahan baru dalam Negara kita maka benarlah seperti yang sedang diperkatakan ini, Melayu akan diberi tanggungjawab sebagai Perdana Menteri sedangkan tangan-tangan DAP akan menggerakkannya, melayu hanya patung seperti yang sedang berlaku di Selangor dan pernah berlaku selama 11 bulan di Perak.
Di bawah ini saya perturunkan inti perbahasan Zulkfli Nordin di Dewan Rakyat baru-baru ini…:-
“Mohon mencelah Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Pasir Mas sedar atau tidak, apabila kita dengar tadi Yang Berhormat Ipoh Timur [LKS] bercakap seolah-olah beliau lupa apa yang beliau dan parti beliau lakukan yang menyebabkan Ordinan Darurat 1969, peristiwa 13 Mei berlaku.
Lim Kit Siang Dalang Peristiwa Berdarah!
Saya mahu baca semula Yang Berhormat sebab ada di kalangan kita di sini lupa atau buat-buat lupa setelah bersekongkol sekati dengan DAP parti racist dan cauvinis ini, dia lupa apa yang berlaku.
Saya mahu baca semula daripada Laporan MAGERAN, laporan rasmi yang dibentangkan menceritakan tentang peristiwa 13 Mei membawa kepada perisytiharan darurat tersebut adalah kerana kebebasan bersuara yang sudah di luar kawalan.
Tindakan racist yang melampau dan ini antara tindakan yang didalangi oleh Yang Berhormat Ipoh Timur dan parti beliau pada masa itu.
Saya mahu baca, biar rakyat dengar semula apa yang mereka kata pada tahun 1969 membawa kepada peristiwa 13 Mei. Slogan yang dibawa pada masa itu ialah ‘Malai Si’. ‘Malai Si’ ini maknanya “Mati Melayu”.

Kemudian kita lihat dalam himpunan-himpunan dan perarakan-perarakan yang mereka buat. Ini antara kenyataan yang mereka keluar pada 11 Mei, “Apa polis boleh buat, kita Raja. Buang sama polis Melayu” .
Pada 11 Mei di Jalan Bukit Bintang, “Mati Melayu, kemudian kita lihat dalam himpunan-himpunan dan perarakan-perarakan yang mereka buat. Ini antara kenyataan yang mereka keluar pada 11 Mei, “Apa polis boleh buat, kita Raja. Buang sama polis melayu”
Pada 11 Mei di Jalan Bukit Bintang, “Mati Melayu, sakai pergi masuk hutan”.
Pada 11 Mei Jalan Changkat Dollah, “KL sekarang cina punya”. Pada 12 Mei Jalan Ipoh, Jalan Tunku Abdul Rahman, “melayu balik kampung, melayu sekarang tiada kuasa. Sekarang kita Cina sudah control.”
Di Jalan Khir Kampung Baru, depan orang Melayu ini kenyataan parti Yang Berhormat Ipoh Timur, “Melayu keluar…! Apa lagi duduk sini, kita hentam lu.., sekarang kita sudah ada kuasa…”.
Pada 12 Mei depan Balai Polis Jalan Pudu… “… semua Melayu kasi habis, kasi halau semua polis.”
Pada 12 Mei. Okey nanti kejap lagi. Saya hendak habiskan. Biar dia faham. “Apa ini Melayu, kita sudah perintah dia negeri, ini negeri bukan melayu punya, mata-mata lancau….!”
Pada 12 Mei Jalan Canvel, “Butuh Melayu, Malai si, pergi mati Melayu…”
Pada 12 Mei Jalan Bukit Bintang, “Ini negeri bukan Melayu punya, kita mahu kasi halau semua Melayu.”
Saya mohon bertanya Yang Berhormat setuju atau tidak dengan cadangan saya supaya Yang Berhormat Ipoh Timur [LKS] dan parti dia berani melakukan transformasi demokrasi yang matang ini.
Saya cabar Yang Berhormat Ipoh Timur antara dalang pencetus 13 Mei supaya ‘walk the talk’ menjadi anak jantan pertama minta maaf kepada rakyat Malaysia atas politik racist dan politik sempit yang dimainkan pada 1969.’ Ini adalah sebahagian yang saya sedut ucapan beliau di Dewan Rakyat.
Sekarang ini terpulang kepada kita…! Adakah kita bersedia untuk menjadi baru-barua Cina-Cina DAP yang sedang mahu menjadikan Malaysia ini seperti Singapura?
Bacalah bahasa yang mereka gunakan kepada orang-orang Melayu satu ketika dulu….! Adakah kita sanggup telan dan lupakan segala apa yang Cina DAP lakukan terhadap kita..? Terpulang kepada kita..