nuffnang ads

16 December 2011


KEHIDUPAN KITA
Sudahkah kita berfikir sejenak adakah kita diberi peluang untuk hidup selama 70, 80 mahupun 100 tahun lagi? Sempatkah kita menjalankan amanah yang telah ditetapkan-Nya untuk kita?

Kita seringkali merujuk masa muda adalah masa untuk bersuka ria, masa untuk mengumpul harta dan masa tua adalah masa untuk kita beribadah. Dengan kata lain kita insaf kembali kepangkal jalan.

Saya berikan satu kronologi sebuah kehidupan bermula dari kelahiran kita hingga kealam tua kita.

1) Alam kanak-kanak
Ibu lahirkan kita dengan sebegitu sakitnya yang tidak dapat kita bayangkan kesakitannya. Kelahiran kita diiringi dengan seribu harapan menggunung daripada ibu bapa kita agar kita menjadi seorang yang berguna kelak.
Zaman kanak-kanak sememangnya zaman yang sangat bermakna untuk kita semua dengan pelbagai suka  dan duka yang masih kita kenang hingga kini.Di sinilah ibu bapa mencorakkan kita menjadi seorang individu yang berguna, di sinilah bermulanya asas-asas kita tentang agama diajarkan.

2) Alam remaja
Masuk pula zaman remaja iaitu kita telah akil baligh dan alam dimana kita ingin mencuba sesuatu yang baru. Pada masa ini akal sudah bermula berfungsi untuk membezakan yang mana baik dan yang mana buruk.

3) Alam dewasa (kerja dan berumahtangga)
Ala mini kita telah menjadi seorang yang boleh dipertanggungjawabkan dalam melaksanakan tugas-tugas, boleh memimpin sebuah keluarga. Di ala mini jugalah kita mula merealisasikan impian kita sejak dari kecil lagi contohnya mengumpul harta untuk menjadi jutawan dan sebagainya.

4) Alam tua
Setelah penat bekerja selama puluhan tahun, penat mengumpul harta, penat membesarkan anak, alam ini dikatakan alam untuk kita berehat. Bak kata orang RTM (rehat tunggu mati). Masa untuk kita mengenal Tuhannya. Masa inilah kita sering pergi kemasjid. Tapi kita sekadar pergi, banyak yang kita tidak tahu. Kita tidak tahu mengaji al-quran. Kita tak pernah mengaji ilmu. Kita tiada pendidikan agama yang lengkap. Buat ibadat ikut-ikutan sahaja. Bahasa arab jauh sekali lah. Kalau nak mengaji sekarang malulah. Pandai lagi cucu kita. Jadi kita bagilah alasan , nantilah kita belajar dengan cucu kita.

Saya boleh jamin inilah kehidupan tipikal manusia sekarang.

Semua peringkat kehidupan yang saya nyatakan di atas jika kita pandang dari sudut keduniaan pastinya tidak memberikan kebahagiaan kita di akhirat kelak jika kita hanya mengejar dunia semata-mata tanpa adanya disulami dengan bekalan akhirat.
Bersyukur juga ada yang sejak kecil lagi kita dah diajarkan ilmu agama yang secukupnya, tetapi apa yang kita lihat trend sekarang, (saya tidak mengatakan semua manusia zaman sekarang sebegini hanya segolongan sahaja, iaitu mereka yang mengejar kebahagiaan dunia semata-mata, bagim mereka kebahagiaan inilah kebahagiaan selama-lamanya untuk mereka) Diajarkan ilmu agama yang mencukupi ketika kecil tetapi selepas membesar lalai dan hanyut dengan nikmat keduniaan dan godaan hawa nafsu dan syaitan sehingga lupa akan Tuhannya. Kebanyakan manusia sekarang apabila berkerja tidak ingat lagi dengan ibadah mereka terhadap Allah S.W.T

Kerja lebih dipentingkan dan soal ibagah  dan agama hanyalah perkara kecil bagi mereka. Selama puluhan tahun kita sibuk berkerja tanpa ada amal ibadah ; hanya mengharapkan alam tua sebagai alam kita menebus dosa yang lampau.

Adakah cukup alam tua kita dihabiskan untuk beramal?
Adakah kita akan hidup 100 tahun?

Kita ambil contoh umur Nabi kita, Nabi Muhammmad S.A.W sebagai ’benchmark’ ajal kita. Jika kita ambil umur nabi sebagai ajal kita iaitu 63 tahun Nabi wafat setelah kita pencen pada umur 58 tahun tinggallah baki tujh tahun lagi untuk beribadat. Cukupkah itu?

Cukupkah ia dibawa untuk kita menghadap Allah S.W.T di akhirat kelak?
Masih mampu dan bertenagakah kita melaksanakan perintahnya?
Sihatkah kita pada masa itu?

Itulah anggapan orang muda yang sering menganggap perjalan hidup mereka masih jauh dan menetapkan alamtua itulah masa untuk kembali kepada-Nya.

Andai ditakdirkan kita meninggal dunia pada usia yang muda dalam keadaan kita tidak melaksanakan syariat-Nya sudah pasti kita akan mendapat balasan yang setimpal di akhirat kelak. Justeru, kita hendaklah ada rasa gentar dalam diri kita akan ajal yang datang menjemput kita itu tidak mengenal usia.

Hendaklah kita sentiasa istiqomah dalam melakukan ibadah kepada-Nya sejak dari muda sampailah ke hari tua.

Sabda Nabi S.A.W :

“Orang yang paling bijak ialah orang yang sentiasa mengingati mati”

Rasulullah S.A.W telah menjelaskan  perihal orang yang bijak iaitu orang yang sentiasa mengingati mati. Maka hendaklah kita menjadi salah seorang daripada orang bijak yang Nabi maksudkan.

“Bekerjalah seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun dan beribadatlah seolah-olah kamu akan mati keesokannya”
Rebutlah peluang ini dengan menasihati dan mengawasi anak cucu kita generasi keturunan kita agar menjadi orang yang bijak, bekerja bersungguh-sungguh sewaktu di dunia dan beramal ibadah untuk bekal akhirat yang kekal abadi.

Dipanjangkan dari masjid Al-Hidayah Telok Panglima Garang