nuffnang ads

09 June 2012


TERKADANG YANG BERBAHAYA ITU
MENDATANGKAN MANFAAT

William James berkata: “Penderitaan sudah membantu kita untuk mencapai suatu batas yang tidak pernah dibayangkan. Seandainya Dostoyevsky dan Leo Tolstoy tidak mengalami hidup susah kedua-duanya tidak akan berjaya menulis buku-buku yang mengagumkan dan kekal sehingga ke hari ini.”
           
Dengan demikian keyatiman, kebutaan, pengasingan dan kemiskinan menjadi salah satu sebab tumbuhnya kreativiti, produktiviti dan sumbangan.
           
Seorang pujangga bermadah:
Kadang-kadang Allah menganugerahkan nikmat dengan cubaan walaupun sangat besar. Dan sudah menguji sesetengah kaum dengan nikmat.

Sesungguhnya anak-anak dan kekayaan sudah menjadi sebab munculnya kesengsaraan:
“Oleh itu, janganlah engkau tertarik hati kepada harta benda dan anak-anak mereka, (kerana) sesungguhnya Allah hanya hendak menyeksa mereka dengan harta benda dan anak-anak itu dalam kehidupan dunia dan hendak menjadikan nyawa mereka tercabut sedang mereka berkeadaan kafir (untuk mendapat azab akhirat pula)” (surah At-Taubah: 55)

Ibnu Atsir menulis buku-bukunya yang mempersona seperti Jami’ al-Ushul dan As-Nihdyah dalam keadaan ia tidak boleh berjalan.

As-Sarkhasi menulis bukunya yang terkenal Al-Mahsul yang berjumlah lima belas jilid ketika ia dipenjara bawah tanah.

Ibnu Qayyim menulis bukunya Zadul Ma’ad ketika ia berada di dalam perjalanan.

Al-Qurtubi menulis syarah untuk Sahih Muslim ketika dia berada diatas perahu.

Manakala kebanyakan dari fatwa-fatwa Ibnu Taimiyyah ditulis ketika dia berada didalam penjara.

Para Ulama hadis mengumpulkan ratusan ribu hadis ketika mereka berada dalam keadaan miskim dan terasing.

Seorang soleh memberitahu bahawa dia pernah dipenjara dan berjaya menghafaz Al-Quran secara keseluruhan didalam penjara dan boleh membaca sebanyak empat puluh jilid buku.

Adul ’Ala’ Al-Ma’arri membaca kumpulan sajaknya ketika dia buta.

Taha Husain ketika buta ia berjaya menulis dan menyiapkan buku-bukunya.
Ramai orang menonjol selepas melepaskan jawatan kerana selapas itu ia boleh mempersembahkan ilmunya dan idea-ideanya secara penuh berbanding ketika masih memegang jawatan.

Banyak kesusahan mengepung, lalu Allah menundukkannya, tetapi anda tidak memerhatikannya.

Francis Bacon berkata: ”Sangat sedikit falsafah yang mengheret kepada kekafiran sebaliknya mendalami falsafah akan mendekatkan otak kepada agama.”

”Dan tiada yang memahaminya kecuali orang-orang yang berilmu.” (Surah
Al-Ankabut: 43)

”Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hamba-Nya, hanyalah ulama.” (Surah Fatir: 28)

”Dan berkata orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan dan keimanan (kepada orang-orang kafir): ’Sesungguhnya kamu telah berdiam (dalam kubur) menurut ketetapan Allah, hingga hari berbangkit,” (Surah Ar-Rum: 56)

”Katakanlah: ”Sesungguhnya aku hendak mengingatkan kepadamu suatu hal sahaja, iaitu supaya kamu menghadap Allah (dengan ikhlas) berdua-dua atau sendiri-sendiri; kemudian kamu fikirkan (tentang Muhammad) tidak ada penyakit gila sedikitpun pada kawanmu itu.” (surah Saba’: 46)



(Masjid Al-Hidayah Telok Panglima Garang)