nuffnang ads

19 September 2012


JANGAN BERSEDIH KERANA ANDA UNIK DAN
                                TERSENDIRI, BERBEZA DARI ORANG LAIN
 Dr. James Gorgon Gilkey berkata: “Keinginan untuk menjadi diri sendiri adalah sesuatu yang sudah tua setua sejarah dan sangat umum seperti hidup manusia. Begitu juga halnya dengan keinginan tidak menjadi diri sendiri, ini juga menjadi punca yang sering menimbulkan masalah kejiwaan”.

Yang lain berkata: “Anda dalam penciptaan ini adalah sesuatu yang lain, yang tidak seorang pun menyerupai anda dan sebaliknya, anda juga tidak menyerupai seorang pun. Sebab Zat Yang Maha Mencipta sudah membezakan setiap satunya diantara mahluk”.

Allah swt berfirman:
“Sesungguhnya usaha kamu berbeza-beza.” (Surah Al-Lail:4)

Angelo Battero sudah menulis tiga puluh buku dan ribuan artikeltentang mendidik anak. Katanya : “Tidak ada seorang yang paling menderita melebihi orang yang tumbuh tidak menjadi dirinya sendiri, tumbuh tidak menjadi jasadnya sendiri dan tidak menjadi fikiranya sendiri.”

Allah swt berfirman:
“Allah telah menurunkan air (hujan) dari langit maka mengalirlah air dilembah-lembah menurut ukuranya.” (Surah Ar-Ra’d:17)

Setiap orang mempunyai sifat, sahsiah, serta potensinya sendiri maka dari itu tidak boleh seseorang menjadi kedalam sahsiah orang lain.

Ingatlah bahawa anda dicipta dengan bakat tertentu untuk melakukan satu pekerjaan tertentu pula. Seperti dikatakan: ”Bacalah diri anda, lalu fahami apa yang akan anda berikan”.

Emerson dalam makalah On Self-Reliance menulis: ”Akan sampai Waktunya nanti ketika ilmu pengetahuan manusia sampai  pada satu keyakinan bahawa kedengkian itu adalah satu kebodohan  dan bertaklid  adalah bunuh diri. Dan seseorang perlu menerima dirinya sendiri dalam keadaan bagaimana pun sebab itu adalah nasibnya. Walaupun alamsemesta ini penuh dengan hal-hal yang baik namun seseorang baru dapat menghasilkan satu biji sawi pun selepas menanam dan mengolah tanah yang sudah diberikan kepadanya. Kekuatan yang ada dalam dirinya adalah sesuatu yang baru dalam alam ini. Dan tidak ada yang tau sehebat mana kemampuanya, pun dirinya sendiri, hingga ia mencuba”.

Allah swt berfirman:
”dan katakanlah, Bekerjalah kamu maka Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang mukmin akan melihat pekerjaan itu”. (Surah At-Taubah: 105)

Ayat-ayat berikut ini akan memperkuat harapan, meneguhkan azam dan akan memperbetulkan persangkaan anda tgerhadap Tuhan.

”Katakanlah (wahai Muhammad): ’Wahai hamba-hambak- Ku yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatanm maksiat, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah kertana sesungguhnya
Allah mengampunkan segala dosa: sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani”. (Surah Az-Zumar: 53)
”Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah  lakukan itu, sedang mereka mengetahui  (akan salahnya dan akibatnya)”. (Surah Ali Imran: 135)

”Dan sesiapa mengerjakan kejahatan  dan menganiaya dirinya, kemudian dia memohon ampun kepada Allah, nescaya ia mendapati Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani”. (Surah An-Nisa’: 110)

(Al-Hidayah Telok Panglima Garang)

12 September 2012


TALAM DUA MUKA (ADU DOMBA)

 

SATU penyakit yang melanda masyarakat pada hari ini ialah sifat mengadu domba serta menyebarkan berita palsu. Dua perkara ini boleh memporak perandakan masyarakat, meruntuhkan rumah tangga, memutuskan hubungan persaudaraan serta menanam bibit kebencian antara satu sama lain. Pada masa sama teknologi juga digunakan seperti e-mel dan facebook bagi merealisasikan tujuan buruk itu.

Perkara ini dijelaskan Allah SWT bermaksud; ”Dan janganlah engkau ikut sekalian orang yang suka bersumpah, menghina dan kesana kemari menyebarkan fitnah. Menghalang kebaikan, memperbanyakkan dosa maksiat, melampaui batas dan bersikap kasar”. (Surah ql-Qalam ayat 10-13). Rangkaian sifat di atas dipisahkan Allah SWT antara satu sama lain kerana masing-masing mempunyai darjat kejahatan tersendiri. Ini termasuk bersikap talam dua muka seperti lalang yang ditiup angin mengikut suasana dan keadaan setempat. Disamping itu, ada juga yang sibuk mencari kelemahan orang lain serta mendiamkan diri dengan kebaikan yang dilakukan. Jika tiada berita yang hendak dibawa, maka dicipta pendustaan yang seburuk-buruk perangai. Ada yang mulut semanis madu ketika berhadapan seseorang, tetapi sepahit hempedu apabila berjauhan. Inilah antara sifat sampingan yang dimaksudkan ayat di atas.

Ulama bersepakat semua sifat ini antara dosa besar di haramkan Allah SWT. Ini dijelaskan Baginda SAW di dalam hadisnya bermaksud; ”Sejahat-jahat mahluk di atas muka bumi ini ialah mereka yang suka menyebarkan fitnah, memutuskan hubungan kasih sayang serta mencipta permusuhan antara masyarakat”. (Hadis riwayat Ahmad).

Semua sifat ini dicetuskan perasaan irihati disamping menunjukan betapa sifat amanah semakin menipis. Rasulullah SAW melintasi dua kubur lalu bersabda; ”Sesungguhnya mereka berdua sedang diazab kerana menyebarkan fitnah dan tidak menjaga kebersihan ketika membuang air kecil”. (Hadis riwayat Bukhari & Muslim)

Imam Muslim meriwayatkan hadis dari ibnu Masud RA bahawa Baginda SAW bersabda bermaksud; ”Tidakkah kamu ingin aku khabarkan kapada kamu sifat merosakkan iaitu mereka yang suka menyebarkan fitnah di kalangan masyarakat”. (AL-Hadis). Hadis lain menyebut; ”Kamu akan mendapati sejahat-jahat manusia di hari kiamat ialah mereka yang bersifat talam dua muka”. Sahabat Nabi SAW, Abu Hurairah menyebut ia adalah seburuk-buruk perangai dalam komuniti umat.

Bagi Muslim tidak berburuk sangka terhadap saudara seagama dan berusaha menutup kelemahan orang lain kerana mereka yang menutup keaiban orang lain ketika di dunia, Allah SWT akan menutup keaibannya pada hari kiamat. Berita yang didengar tidak perlu dihebahkan kepada orang lain kerana ia mungkin mencetuskan permusuhan antara saudara seagama. Jangalah kita terlalu cepat menghukum disebabkan berita yang kita dengar.

Ulama feqah terkenal iaitu Imam laith bin Saad pernah didatangi seorang lalu berkata; ”Wahai Imam, seseorang menyebut mengenaimu begitu dan begini......lalu dijawab Imam: ”Mohonlah keampunan daripada Allah SWT untuknya”.

Seorang ulama sufi bernama Abd Wahab Munabbih mendengar berita daripada pemuda lalu beliau menjawab; ”Apakah tiada syaitan lain yang menjadi posmen selain kamu”? Berapa ramai mereka yang tidak bersalah dihukum. Mereka yang baik telah dizalimi. Harta dirampas. Terputus hubungan ibu dan anaknya. Pasangan ideal dengan tunangnya. Semuanya gara-gara penyebar berita palsu.

Oleh itu jalan selamatb ialah bersikap mendiamkan diridan jangan mudah menerima berita yang didengar serta menyebarkannya. Marilah kita sama-samamenggunakan segala nikmat yang dianugerahkan kepada kejalan yang diredai Allah SWT.

                                                                                       (Dari Mas jid Al-Hidayah Telok Panglima Garang)   

03 September 2012


JANGANLAH BERSANDAR KEPADA
YANG SELAIN ALLAH

Jika yang menghidupkan, mematikan dan memberi rezeki adalah Allah, lalu mengapa mesti ada rasa takut kepada sesama manusia? Menurut hemat saya, yang membuat kesusahan dan kegusaran itu adalah sikap bergantung kepada orang lain, keinginan mencari simpati mereka, keinginan untuk dipuji dan keinginan supaya tidak dicela. Walhal, ini merupakan kelemahan dalam tauhidnya.

                Kuharap engkau bersikap manis walaupun hidup sangat pahit
                Kuharap engkau reda walaupun orang lain murka
                Jika cinta-Mu membara maka semua yang lain adalah ringan
                Dan semua yang ada di atas tanah itu adalah tanah

(Masjid Al-Hidayah Telok Panglima Garang)