nuffnang ads

19 September 2011

FORMULA KEJAYAAN

Kejayaan bukan tujuan tetapi satu perjalanan. Kejayaan ialah kembara. Untuk itu kejayaan mempunyai tiga formula:   1. misi/visi tepat dan jelas;   2. membangun potensidiri ketahap maksima;   3. boleh memberi kebaikan kepada orang lain. Kejayaan hidup di dunia ialah apabila seseorang mampu mencapai hasanah dunia iaitu dari persektif kualiti: kualiti harta: kualiti hati.

Formula kejayaan hidup pertama ialah memiliki visi dan misi yang jelas dan tepat. Visi berasal dari perkataan vision yakni gambaran. Seseorang yang berjaya sebenarnya memiliki visi jangka panjang dan jangka pendek. Visi jangka pendek ialah seseorang memperolehi harta yang halal dan tayyiba. Yakni kesenangan hidup dari segi material dan ketenangan jiwa. Apabila susah dia bersabar; apabila senang dia bersyukur; apabila mendapat rezeki dia qanaah. Manakala Visi jangka panjang pula ialah visi terhadap Allah juga terbahagi kepada dua:   1. Allah redha.   2. Kembali ke syurga. Ini kerana asal kita dari syurga, maka visi kita dapat kembali ke syurga semula.

Manakala misi pula ialah cara bagaimana untuk mencapai visi tadi. Jadi, misi kita terbahagi kepada dua:   1. Sebab kita didatangkan iaitu tak lain tak bukan melainkan adalah untuk menjadi hamba Allah.   2. Khalifah, supaya kita dapat memberi kebaikan kepada seluruh alam. Justeru, hasanah di dunia dapat menjamin hasanah di akhirat.

Allah itu unik. Allah tidak mencipta manusia untuk bodoh. Tetapi Allah mencipta manusia berbeza kecerdikan. Ada, cerita tentang seorang professor dengan pendayung sampan. Suatu hari seorang professor menaiki sampan yang dikendalikan oleh seorang pendayung sampan. Berlakulah perbualan diantara mereka;
Professor: engkau pandai menulis ke?
Pendayung sampan: tidak
Professor: engkau hilang separuh hidupmu. Engkau ada wang simpanan ke?
Pendayung sampan: tidak
Professor: engkau hilang separuh hidupmu.
Tiba-tiba sampan bocor.
Pendayung samapan: Tuan pandaikah berenang?
Professor: tidak
Pendayung sampan: tuan hilang seluruh hidup.
(sampan lalu karam, Professor yang tidak pandai berenang itu pun mati)

Orang yang berusaha untuk Berjaya adalah orang yang bertanding dengan dirinya sendiri. Sebenarnya kejayaan mempunyai jarak antara apa yang kita capai sekarang dengan apa yang mampu kita capai. Sekiranya jaraknya dekat, maka kejayaan mudah dicapai. Namun jika sebaliknya jarak antara keduanya jauh, maka agak sukarlah sesuatu kejayaan itu untuk diraih. Setiap manusia sebenarnya lebih kuat dari apa yang dirinya sendiri. Sebagai contoh, kita ada seratus billion sel otak namun kita hanya guna sepuluh peratus sahaja untuk menjana kebijaksanaan. Sedangkan potensi tidak dikeluarkan habis lagi. Segala mehnah ujian hidup seperti sakit, gagal ; terasa pedih. Namun Allah tidak menguji sesuatu yang diluar kemampuan seseorang. Allah hanya menguji setakat kemampuan. Kita tidak keluarkan seluruh potensi untuk mangatasi ujian, ini disebabkan dua perkara:   1. Lemah mujahadah. Ini kerana terlalu memanjakan diri hingga tak boleh susah sikit. Ujian merupakan sunahtullah. Ini kerana besar ujian, besar pengorbanan, besar pahala jika bersabar.   2. Malas (penyakit mazmumah) tiada manusia bodoh dalam dunia ini melainkan yang ada adalah manusia malas.

Kisah kedua berkenaan seorang budak yang tercari-cari barangnya yang hilang. Suatu malam, seorang pemuda terlihat seorang budak lelaki telah mencari barangnya yang hilang dibawah sebatang lampu jalan. Lama dia mencari barangnya tetapi tidak ketemu. Berlaku perbualan di antara pemuda dengan budak tersebut:
Pemuda: apa yang kamu cari?
Budak lelaki : saya mencari wang saya yang hilang.
Pemuda: di mana terjatuhnya duit kamu itu?
Budak lelaki: di sana (seraya menuding jari ke arah tempat yang jauh dari lampu tersebut)
Pemuda: kenapa kamu mencarinya di sini?
Budak lelaki: senang, Di sini terang. Mudah jumpa duit tu.
Sikap budak tadi bolehlah diumpamakan dengan sikap seseorang yang gagal berusaha. Ini kerana kejayaan bukan berada di zon selesa. Tiada pergerakkan maka tiada perubahan. Namun kejayaan berada di coverage zone, zon liputan. Seorang bayi akan pandai berjalan setelah dia melalui pergerakan merangkak. Kemudian dia cuba bangun, jatuh, bangun semula. proses susah itu adalah mujahadah. Mujahadah itu pahit, syurga itu manis. Syurga terbahagi kepada dua:   1. syurga ajilah, yakni syurga yang disegerakan. Iaitu ketengan hidup, kemewahan hidup di dunia.   2. Syurga hakiki, Ya ini syurga sebenar di akhirat kelak di mana kita dapat berjumpa Allah. SYURGA DIPAGARI DENGAN KESUSAHAN. Jadi, bersusah-susahlah untuk mendapat syurga Allah.

Dua sebab mengapa seseorang itu tidak memperolehi kejayaan:   1. Tidak benar-benar inginkan kejayaan. Seraya berkata "Kalau tak dapat tak pelah..."   2. Tidak dapat membayangkan sesuatu kejayaan yang berlaku pada dirinya. Seseorang yang ingin pergi menunaikan haji. Apa yang dilakukan dia sering membayangkan Kaabah. Di rumahnya di gantungkan gambar kaabah. Setiap hari dia menatapnya. Dan akhirnya tercapai cita-citanya untuk pergi menunaikan ibadah haji di Mekah. Sikap manusia suka tergopoh-gapah dan berkeluh kesah. Seseorang yang ingin mendidihkan air. Namun setelah lama dia menunggu dari kepanasan bermula 1 darjah celcius hingga 99 darjah celcius. Dia kemudian berputus asa, lalu memadam api. Air tidak mendidih. Sedangkan jika dia tunggu sekejap lagi, hanya tinggal 1 darjah celcius lagi untuk air itu mendidih. Oleh itu sabar juga adalah kunci kejayaan. Wallahu a'alam.

Dari Masjid Al-Hidayah Telok Panglima Garang