ALAM BUANA
nuffnang ads
05 October 2013
14 June 2013
19 September 2012
JANGAN BERSEDIH KERANA ANDA UNIK
DAN
TERSENDIRI, BERBEZA DARI ORANG
LAIN
Dr. James Gorgon Gilkey berkata: “Keinginan untuk
menjadi diri sendiri adalah sesuatu yang sudah tua setua sejarah dan sangat
umum seperti hidup manusia. Begitu juga halnya dengan keinginan tidak menjadi
diri sendiri, ini juga menjadi punca yang sering menimbulkan masalah kejiwaan”.
Yang lain berkata: “Anda dalam penciptaan ini
adalah sesuatu yang lain, yang tidak seorang pun menyerupai anda dan
sebaliknya, anda juga tidak menyerupai seorang pun. Sebab Zat Yang Maha
Mencipta sudah membezakan setiap satunya diantara mahluk”.
Allah swt berfirman:
“Sesungguhnya usaha kamu berbeza-beza.” (Surah
Al-Lail:4)
Angelo Battero sudah menulis tiga puluh buku dan
ribuan artikeltentang mendidik anak. Katanya : “Tidak ada seorang yang paling
menderita melebihi orang yang tumbuh tidak menjadi dirinya sendiri, tumbuh
tidak menjadi jasadnya sendiri dan tidak menjadi fikiranya sendiri.”
Allah swt berfirman:
“Allah telah menurunkan air (hujan) dari langit
maka mengalirlah air dilembah-lembah menurut ukuranya.” (Surah Ar-Ra’d:17)
Setiap orang mempunyai sifat, sahsiah, serta
potensinya sendiri maka dari itu tidak boleh seseorang menjadi kedalam sahsiah
orang lain.
Ingatlah bahawa anda dicipta dengan bakat tertentu
untuk melakukan satu pekerjaan tertentu pula. Seperti dikatakan: ”Bacalah diri
anda, lalu fahami apa yang akan anda berikan”.
Emerson dalam makalah On Self-Reliance menulis:
”Akan sampai Waktunya nanti ketika ilmu pengetahuan manusia sampai pada satu keyakinan bahawa kedengkian itu
adalah satu kebodohan dan bertaklid adalah bunuh diri. Dan seseorang perlu
menerima dirinya sendiri dalam keadaan bagaimana pun sebab itu adalah nasibnya.
Walaupun alamsemesta ini penuh dengan hal-hal yang baik namun seseorang baru
dapat menghasilkan satu biji sawi pun selepas menanam dan mengolah tanah yang
sudah diberikan kepadanya. Kekuatan yang ada dalam dirinya adalah sesuatu yang
baru dalam alam ini. Dan tidak ada yang tau sehebat mana kemampuanya, pun
dirinya sendiri, hingga ia mencuba”.
Allah swt berfirman:
”dan katakanlah, Bekerjalah kamu maka Allah dan
Rasul-Nya serta orang-orang mukmin akan melihat pekerjaan itu”. (Surah
At-Taubah: 105)
Ayat-ayat berikut ini akan memperkuat harapan,
meneguhkan azam dan akan memperbetulkan persangkaan anda tgerhadap Tuhan.
”Katakanlah (wahai Muhammad): ’Wahai hamba-hambak-
Ku yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan
perbuatan-perbuatanm maksiat, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah
kertana sesungguhnya
Allah mengampunkan segala dosa: sesungguhnya
Dialah jua Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani”. (Surah Az-Zumar: 53)
”Dan juga orang-orang yang apabila melakukan
perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah
lalu memohon ampun akan dosa mereka dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan
dosa-dosa melainkan Allah dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang
mereka telah lakukan itu, sedang mereka
mengetahui (akan salahnya dan
akibatnya)”. (Surah Ali Imran: 135)

(Al-Hidayah Telok Panglima Garang)
12 September 2012
TALAM DUA MUKA (ADU DOMBA)
SATU penyakit yang melanda masyarakat pada hari
ini ialah sifat mengadu domba serta menyebarkan berita palsu. Dua perkara ini
boleh memporak perandakan masyarakat, meruntuhkan rumah tangga, memutuskan
hubungan persaudaraan serta menanam bibit kebencian antara satu sama lain. Pada
masa sama teknologi juga digunakan seperti e-mel dan facebook bagi
merealisasikan tujuan buruk itu.
Perkara ini dijelaskan Allah SWT bermaksud; ”Dan
janganlah engkau ikut sekalian orang yang suka bersumpah, menghina dan kesana
kemari menyebarkan fitnah. Menghalang kebaikan, memperbanyakkan dosa maksiat,
melampaui batas dan bersikap kasar”. (Surah ql-Qalam ayat 10-13). Rangkaian
sifat di atas dipisahkan Allah SWT antara satu sama lain kerana masing-masing
mempunyai darjat kejahatan tersendiri. Ini termasuk bersikap talam dua muka
seperti lalang yang ditiup angin mengikut suasana dan keadaan setempat.
Disamping itu, ada juga yang sibuk mencari kelemahan orang lain serta
mendiamkan diri dengan kebaikan yang dilakukan. Jika tiada berita yang hendak
dibawa, maka dicipta pendustaan yang seburuk-buruk perangai. Ada yang mulut
semanis madu ketika berhadapan seseorang, tetapi sepahit hempedu apabila
berjauhan. Inilah antara sifat sampingan yang dimaksudkan ayat di atas.
Ulama bersepakat semua sifat ini antara dosa besar
di haramkan Allah SWT. Ini dijelaskan Baginda SAW di dalam hadisnya bermaksud;
”Sejahat-jahat mahluk di atas muka bumi ini ialah mereka yang suka menyebarkan
fitnah, memutuskan hubungan kasih sayang serta mencipta permusuhan antara
masyarakat”. (Hadis riwayat Ahmad).
Semua sifat ini dicetuskan perasaan irihati
disamping menunjukan betapa sifat amanah semakin menipis. Rasulullah SAW
melintasi dua kubur lalu bersabda; ”Sesungguhnya mereka berdua sedang diazab
kerana menyebarkan fitnah dan tidak menjaga kebersihan ketika membuang air
kecil”. (Hadis riwayat Bukhari & Muslim)
Imam Muslim meriwayatkan hadis dari ibnu Masud RA
bahawa Baginda SAW bersabda bermaksud; ”Tidakkah kamu ingin aku khabarkan
kapada kamu sifat merosakkan iaitu mereka yang suka menyebarkan fitnah di
kalangan masyarakat”. (AL-Hadis). Hadis lain menyebut; ”Kamu akan mendapati
sejahat-jahat manusia di hari kiamat ialah mereka yang bersifat talam dua
muka”. Sahabat Nabi SAW, Abu Hurairah menyebut ia adalah seburuk-buruk perangai
dalam komuniti umat.
Bagi Muslim tidak berburuk sangka terhadap saudara
seagama dan berusaha menutup kelemahan orang lain kerana mereka yang menutup
keaiban orang lain ketika di dunia, Allah SWT akan menutup keaibannya pada hari
kiamat. Berita yang didengar tidak perlu dihebahkan kepada orang lain kerana ia
mungkin mencetuskan permusuhan antara saudara seagama. Jangalah kita terlalu
cepat menghukum disebabkan berita yang kita dengar.
Ulama feqah terkenal iaitu Imam laith bin Saad
pernah didatangi seorang lalu berkata; ”Wahai Imam, seseorang menyebut
mengenaimu begitu dan begini......lalu dijawab Imam: ”Mohonlah keampunan
daripada Allah SWT untuknya”.
Seorang ulama sufi bernama Abd Wahab Munabbih
mendengar berita daripada pemuda lalu beliau menjawab; ”Apakah tiada syaitan
lain yang menjadi posmen selain kamu”? Berapa ramai mereka yang tidak bersalah
dihukum. Mereka yang baik telah dizalimi. Harta dirampas. Terputus hubungan ibu
dan anaknya. Pasangan ideal dengan tunangnya. Semuanya gara-gara penyebar
berita palsu.
Oleh itu jalan selamatb ialah bersikap mendiamkan
diridan jangan mudah menerima berita yang didengar serta menyebarkannya.
Marilah kita sama-samamenggunakan segala nikmat yang dianugerahkan kepada
kejalan yang diredai Allah SWT.
03 September 2012
JANGANLAH BERSANDAR KEPADA
YANG SELAIN ALLAH
Jika yang menghidupkan, mematikan
dan memberi rezeki adalah Allah, lalu mengapa mesti ada rasa takut kepada sesama
manusia? Menurut hemat saya, yang membuat kesusahan dan kegusaran itu adalah
sikap bergantung kepada orang lain, keinginan mencari simpati mereka, keinginan
untuk dipuji dan keinginan supaya tidak dicela. Walhal, ini merupakan kelemahan
dalam tauhidnya.
Kuharap
engkau bersikap manis walaupun hidup sangat pahit
Kuharap
engkau reda walaupun orang lain murka
Jika
cinta-Mu membara maka semua yang lain adalah ringan
Dan
semua yang ada di atas tanah itu adalah tanah
(Masjid Al-Hidayah Telok Panglima Garang)
(Masjid Al-Hidayah Telok Panglima Garang)
21 June 2012
09 June 2012
TERKADANG YANG BERBAHAYA ITU
MENDATANGKAN MANFAAT
William James
berkata: “Penderitaan sudah membantu kita untuk mencapai suatu batas yang tidak
pernah dibayangkan. Seandainya Dostoyevsky dan Leo Tolstoy tidak mengalami
hidup susah kedua-duanya tidak akan berjaya menulis buku-buku yang mengagumkan
dan kekal sehingga ke hari ini.”
Dengan demikian
keyatiman, kebutaan, pengasingan dan kemiskinan menjadi salah satu sebab
tumbuhnya kreativiti, produktiviti dan sumbangan.
Seorang pujangga
bermadah:
Kadang-kadang Allah
menganugerahkan nikmat dengan cubaan walaupun sangat besar. Dan sudah menguji
sesetengah kaum dengan nikmat.
Sesungguhnya anak-anak
dan kekayaan sudah menjadi sebab munculnya kesengsaraan:
“Oleh itu, janganlah engkau tertarik hati kepada harta
benda dan anak-anak mereka, (kerana) sesungguhnya Allah hanya hendak menyeksa
mereka dengan harta benda dan anak-anak itu dalam kehidupan dunia dan hendak
menjadikan nyawa mereka tercabut sedang mereka berkeadaan kafir (untuk mendapat
azab akhirat pula)” (surah At-Taubah: 55)
Ibnu Atsir menulis buku-bukunya yang mempersona seperti Jami’
al-Ushul dan As-Nihdyah dalam keadaan ia tidak boleh berjalan.
As-Sarkhasi menulis bukunya yang terkenal Al-Mahsul
yang berjumlah lima belas jilid ketika ia dipenjara bawah tanah.
Ibnu Qayyim menulis bukunya Zadul Ma’ad ketika ia
berada di dalam perjalanan.
Al-Qurtubi menulis syarah untuk Sahih Muslim ketika
dia berada diatas perahu.
Manakala kebanyakan dari fatwa-fatwa Ibnu Taimiyyah ditulis
ketika dia berada didalam penjara.
Para Ulama hadis mengumpulkan ratusan
ribu hadis ketika mereka berada dalam keadaan miskim dan terasing.
Seorang soleh memberitahu bahawa dia
pernah dipenjara dan berjaya menghafaz Al-Quran secara keseluruhan didalam
penjara dan boleh membaca sebanyak empat puluh jilid buku.
Adul ’Ala’ Al-Ma’arri membaca kumpulan
sajaknya ketika dia buta.
Taha Husain ketika buta ia berjaya
menulis dan menyiapkan buku-bukunya.
Ramai orang menonjol selepas
melepaskan jawatan kerana selapas itu ia boleh mempersembahkan ilmunya dan
idea-ideanya secara penuh berbanding ketika masih memegang jawatan.
Banyak kesusahan mengepung, lalu Allah
menundukkannya, tetapi anda tidak memerhatikannya.
Francis Bacon berkata: ”Sangat sedikit
falsafah yang mengheret kepada kekafiran sebaliknya mendalami falsafah akan
mendekatkan otak kepada agama.”
”Dan tiada yang memahaminya
kecuali orang-orang yang berilmu.” (Surah
Al-Ankabut: 43)
”Sesungguhnya yang takut
kepada Allah di antara hamba-hamba-Nya, hanyalah ulama.” (Surah Fatir: 28)
”Dan berkata orang-orang yang
diberi ilmu pengetahuan dan keimanan (kepada orang-orang kafir): ’Sesungguhnya
kamu telah berdiam (dalam kubur) menurut ketetapan Allah, hingga hari berbangkit,”
(Surah Ar-Rum: 56)
”Katakanlah: ”Sesungguhnya aku
hendak mengingatkan kepadamu suatu hal sahaja, iaitu supaya kamu menghadap
Allah (dengan ikhlas) berdua-dua atau sendiri-sendiri; kemudian kamu fikirkan
(tentang Muhammad) tidak ada penyakit gila sedikitpun pada kawanmu itu.” (surah
Saba’: 46)
(Masjid Al-Hidayah
Telok Panglima Garang)
Subscribe to:
Posts (Atom)