nuffnang ads

11 September 2011

ADAB MENYAMBUT EIDUL FITRI

a.  Mandi sunat hari raya diawal pagi
b.  Memakai wangian dan pakaian paling bagus, dan tidak semestinya baru; pakaian menutup aurat tidak jarang dan tidak ketat.
c.  Makan sebelum berangkat menuju ketempat solat sunat Eidul Fitri
d. Sepanjang ketempat solat sunat Eidul Fitri, pada waktu ini lah sebenarnya waktu terbaik untuk melafazkan takbir raya. Ini tidaklah bermakna ada larangan untuk kita bertakbir pada waktu sebelumnya, seperti yang diamalkan di Malaysia, bertakbir dari rumah ke rumah selagi mana tidak menyusahkan tuan rumah
e. Sebaik-baik tempat solat Eidul Fitri ialah ditempat terbuka seperti dipadang atau dewan besar, di mana dibolehkan perhimpunan besar diadakan. Sekiranya keadaan diizinkan di Malaysia, budaya solat sunat Eid di surau-surau kecil perlu di kurangkan secara beansur-ansur, dengan memilih tempat yang besar seperti dewan atau padang, dengan bacaan imam terbaik, serta khutbah raya terbaik.
f. Semua  disunatkan pergi ketempat solat tersebut, termasuklah bagi wanita yang haid. Bagi yang terlambat, atau keseorangan di kejauhan, maka bolehlan dibuat secara bersendirian.
g. Pulang mengikut jalan yang lain berbanding jalan pergi ke tempat solat. Ini bagi membolehkan kita bertemu dengan lebih ramai umat Islam.
h. Mengucapkan tahniah dan doa kepada umat Islam lain. Selain ucapan-ucapan raya yang biasa diamalkan, ada sepotong hadith hasan yang menyebut nabi memberikan ucapan 'Taqabballahu minna wa minkum' yang bermaksud semoga Allah menerima amalan kita semua.
i. Membuat apa sahaja simbol gembira dan mengembirakan orang lain, asalkan tidak melanggar syariat. Nabi sendiri mengizinkan dua budak perempuan daripada bani Aus menyanyikan lagu kaum mereka di rumah baginda ketika Aisyah berada di rumah.

Akhirnya, persoalan apa bestnya raya...... hanya mempunyai satu jawapan sahaja. iaitu bestnya raya..... sekiranya kita best menunaikan ibadah Ramadhan, serta memahami falsafah Eidul Fitri.

18 August 2011

Mengintai Lailatul Qadar di Akhir Ramadhan


Lailatul Qadar merupakan satu malam pada bulan Ramadhan yang lebih baik daripada seribu bulan. Ada pendapat mengatakan Al-Quran di turunkan oleh Allah melalui Jibril dari Luh Mahfuz ke Baitul Izzah dilangit dunia pada malam ini secara sekaligus. Selepas itu barulah Al-Quran diturunkan secara beransur-ansur kepada Nabi Muhammad SAW selama 23 tahun. Ada pendapat lain pula mengatakan bahawa Al-Quran mula diturunkan kepada Rasulullah pada malam Lailatul Qadar.

Pada malam ini, Allah menurunkan Jibril dan para malaikat ke bumi untuk membawa keberkatan dan mendoakan kesejahteraan ornag-orang mukmin yang beribadat kepadaNya. Selain itu, Jibril dan para malaikat turut membawa perkara yang ditakdirkan akan berlaku pada masa hadapan.

Allah Azza Wajalla berfirman di dalam surah Al-Qadr ayat 1-5 maksudnya :
1. Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada malam Lalilatul Qadar,
2. Dan engkau mengetahui apa (kebesaran) malam Lailatul Qadar itu?
3. Malam Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan.
4. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);
5. Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar.

Allah mengulang perkataan Lailatul Qadar sebanyak 3 kali bagi menunjukkan kebesaran dan kemuliaan malam ini.

Bila berlakunya malam Lailatul Qadar?
Para Ulama' berbeza pendapat tentang waktu berlakunya Lailatul Qadar. Terdapat beberapa hadith Rasulullah SAW boleh dijadikan panduan, iaitu :

*Salah satu malam daripada 10 malam terakhir


Daripada Aishah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda :
Maksudnya : Carilah Lailatul Qadar di sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan.

*Salah satu daripada 7 malam terakhir


Maksudnya  : Seorang sahabat Rasulullah bermimpi di dalam tidurnya pada 7 malam terakhir bulan Ramadhan. Maka Rasulullah bersabda : Aku berpendapat mimpimu itu menepati 7 malam terakhir. Sesiapa yang ingin mencarinya (Lailatul Qadar), maka carilah di 7 malam terakhir.

*Malam  yang ganjil antara sepuluh malam terakhir iaitu 21,23,25,27,29

Daripada Aishah r.a bahawa Rasulullah bersabda :
Maksudnya : Carilah Lailatul Qadar di malam ganjil antara sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan.
Hikmah Allah tidak memberitahu secara jelas waktu berlakunya Lailatul Qadar ialah supaya umat Islam memperbanyakkan ibadah pada bulan ini, tidak tertumpu pada malam-malam tertentu sahaja. Imam           Al-Qurtubi  telah menyatakan bahawa Lailatul Qadar boleh berlaku pada mana-mana malam dibulan Ramadhan kemungkinan di awalnya atau pertengahan atau diakhir Ramadhan. Pun begitu, Kita dituntut memperbanyakkan ibadah pada 10 malam terakhir sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah SAW.

Kelebihan Lailatul Qadar


1. Lailatul Qadar bererti malam kemuliaan iaitu malam nuzul (turun) Al-Quran.
2. Beramal pada Lailatul Qadar lebih baik daripada 1000 bulan yang lain.
3. Setiap doa dimakbulkan  kerana diaminkan oleh para malaikat.
4. Ibadat diberi ganjaran pahala yang berlipat ganda.
5. Diampunkan dosa orng yang memohon dengan ikhlas.
6. Rahmat Lailatul Qadar sehingga terbit fajar pagi.
7. Jibrail mendoakan kebahagian orng yang beribadat.

Sekarang datang waktunya. Ramadhan datang!

Kita puasa, kita tarawikh, kita baca Al-Quran, kita qiamullail, kita jaga silaraturrahim, kita banyakkan sedekah, kita memberi makan orng berbuka puasa, kita ikhlaskan hati dalam beramal.

Dipanjangkan dari Masjid Al Hidayah Telok Panglima Garang

21 April 2011

Tips Agar Terjaga daripada Godaan Syaitan

1. Beristi'azaah atau biasa dibaca A'uzubillahi minassyaiton nirrajim
2. Membaca 3 Qul iaitu surah al-ikhlas,al-falak dan al-nas.
3. Membaca ayat kursi sebelum tidur.
4. Membaca surah al-baqarah. Berdasar hadis nabi yang bermaksud,
    "Sesungguhnya syaitan lari dari rumah yang dibacakan surah al-baqarah didalamnya." (Riwayat Muslim)
5. Membaca dua ayat terakhir daripada surah al-baqarah setiap malam.
6. Berwuduk dan melakukan solat.
7. Menahan diri daripada melihat, berbicara, makan dan bergaul yang melampaui had dan batas kerana syaitan
    dapat menguasai manuia melalui empat perkara iaitu pandangan, ucapan, makanan dan pergaulan.

17 April 2011

TAKABBUR MAKSIAT PERTAMA

     Takabbur adalah perkataan berasal dari bahasa arab yang seerti dengan angkuh, bongkak, sombong, riak, tinggi hati, besar diri. Takabbur itu juga ibu kepada sifat-sifat mazmumah (buruk) yang lain.

     Mahluk yang bersifat takabbur pasti dilaknat Allah. Sebagai contoh, iblis yang enggan mengikut suruhan Allah untuk sujud kepada Nabi Adam. Si iblis enggan sujud kepada Nabi Adam adalah kerana iblis merasa lebih mulia, iblis dicipta dari api sedangkan Nabi Adam dari tanah. Keengganan itulah maksiat pertama mahluk kepada Allah.

    Para ulama menjelaskan tiga ciri utama individu yang takabbur;
1. Merasa diri lebih baik
2. Menghina orang lain
3. Menolak kebenaran

    Menurut Imam al-Ghazali, punca takabbur itu terbahagi kepada dua. Pertama takabbur dalam urusan agama, yang kedua takabbur dalam urusan dunia. Takabbur dalam urusan agama pula terbahagi kepada dua iaitu: 1. takabbur kerana ilmu, 2. takabbur karana amal. Takabbur dalam urusan dunia terbahagi kepada lima iaitu keturunan, kecantikan dan ketampanan rupa, kekuatan dan keperkasaan tubuh badan, pengaruh dan kuasa serta kekayaan harta.

     Tanda-tanda seseorang itu takabbur antaranya ialah:
1. Tidak suka berdoa
2. Sukar memberi dan meminta maaf
3. Memotong cakap orang lain
4. Gila kuasa dan jawatan
5. Cara berpakaian dan berjalan yang angkuh
6. Gila pujian
7. Tidak suka berziarah

    jelasnya, sifat takabbur ini perlu dibuang kerana ia sangat bertentangan dengan sifat kehambaan yang wajib ada dalam diri manusia. Keberkatan ilmu dan kekuatan amal menjadi senjata yang ampuh untuk mengikis sifat tercela ini.

"HARI YANG TIDAK BERGUNA HARTA BENDA DAN ANAK PINAK KECUALI MEREKA YANG DATANG KEPADA ALLAH DENGAN HATI YANG SEJAHTERA". (Surah Asy-Syu'ara' 88-89)

Dipanjangkan dari Masjid Al-Hidayah Telok Panglima Garang.

18 June 2010

APAKAH HASILNYA MISI KEMANUSIAAN "FREEDOM FLOTILLA"

1. Mewujudkan kesedaran umat Islam bahawa isu Palestin berkaitan dengan isu aqidah dan mereka bersatu
    kerananya.
2. pintu Rafah satu-satunya sempadan yang bercantum dengan negara luar telah dibuka setiap hari oleh mesir.
3. Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bersetuju mengambil alih urusan pengagihan bantuan misi
    kemanusiaan Freemdom Flotilla ke Gaza daripada kerajaan haram Israel.
4. Meyakini bahawa ajal Israel semakin hampir dan umat Islam akan bangun semula secara global.


Kita dituntut supaya jangan jemu berdoa dan jangan kedekut menyumbang wang ringgit kepada usaha-usaha pembebasan Gaza Palestin dan penguasaan sepenuhnya  Masjidil Aqsa  ke tangan umat Islam yang akan dilakukan seterusnya.

Apakah pandangan pendita Yahudi?
"Jangan harap Israel akan dapat dikalahkan oleh Islam kecuali jamaah solat subuh mereka sama ramainya dengan solat Jumaat"

29 May 2010

HEBATNYA I'TIKAF

Dari abu hurairah r.a bahawa Rasulullah saw bersabda; "Malaikat mendoakan untuk seseorang kamu selama ia masih berada di dalam musolla (masjid) di mana ia melakukan solat dan selama ia belum berhadas (terbatal wudhu'). Kata Malaikat: "Ya Allah, ampunilah dia dan turunkanlah rahmat-Mu kepadanya."
                                                                                                                                       HR Bukhari,

20 May 2010

EMAK,IBU,UMI,MAMA...........

EMAK

Bila seronok, aku cari.
...pasanganku
Bila sedih, aku cari....Mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....Mak
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....Emakku
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....Mak
Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"
Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. Mak ingat kat aku
Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon Mak
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Emak
Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja...
bolehkah kau kirim wang untuk Mak?
Mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".

Berderai air mata jika kita mendengarnya........

Tapi kalau Mak sudah tiada..........
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....



Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup. mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup..... membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup....... membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......


SAYANGILAH IBU ANDA SEPERTIMANA DIA MENYAYANGI ANDA ...