Takabbur adalah perkataan berasal dari bahasa arab yang seerti dengan angkuh, bongkak, sombong, riak, tinggi hati, besar diri. Takabbur itu juga ibu kepada sifat-sifat mazmumah (buruk) yang lain.
Mahluk yang bersifat takabbur pasti dilaknat Allah. Sebagai contoh, iblis yang enggan mengikut suruhan Allah untuk sujud kepada Nabi Adam. Si iblis enggan sujud kepada Nabi Adam adalah kerana iblis merasa lebih mulia, iblis dicipta dari api sedangkan Nabi Adam dari tanah. Keengganan itulah maksiat pertama mahluk kepada Allah.
Para ulama menjelaskan tiga ciri utama individu yang takabbur;
1. Merasa diri lebih baik
2. Menghina orang lain
3. Menolak kebenaran
Menurut Imam al-Ghazali, punca takabbur itu terbahagi kepada dua. Pertama takabbur dalam urusan agama, yang kedua takabbur dalam urusan dunia. Takabbur dalam urusan agama pula terbahagi kepada dua iaitu: 1. takabbur kerana ilmu, 2. takabbur karana amal. Takabbur dalam urusan dunia terbahagi kepada lima iaitu keturunan, kecantikan dan ketampanan rupa, kekuatan dan keperkasaan tubuh badan, pengaruh dan kuasa serta kekayaan harta.
Tanda-tanda seseorang itu takabbur antaranya ialah:
1. Tidak suka berdoa
2. Sukar memberi dan meminta maaf
3. Memotong cakap orang lain
4. Gila kuasa dan jawatan
5. Cara berpakaian dan berjalan yang angkuh
6. Gila pujian
7. Tidak suka berziarah
jelasnya, sifat takabbur ini perlu dibuang kerana ia sangat bertentangan dengan sifat kehambaan yang wajib ada dalam diri manusia. Keberkatan ilmu dan kekuatan amal menjadi senjata yang ampuh untuk mengikis sifat tercela ini.
"HARI YANG TIDAK BERGUNA HARTA BENDA DAN ANAK PINAK KECUALI MEREKA YANG DATANG KEPADA ALLAH DENGAN HATI YANG SEJAHTERA". (Surah Asy-Syu'ara' 88-89)
Dipanjangkan dari Masjid Al-Hidayah Telok Panglima Garang.
nuffnang ads
17 April 2011
18 June 2010
APAKAH HASILNYA MISI KEMANUSIAAN "FREEDOM FLOTILLA"
kerananya.
2. pintu Rafah satu-satunya sempadan yang bercantum dengan negara luar telah dibuka setiap hari oleh mesir.
3. Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bersetuju mengambil alih urusan pengagihan bantuan misi
kemanusiaan Freemdom Flotilla ke Gaza daripada kerajaan haram Israel.
4. Meyakini bahawa ajal Israel semakin hampir dan umat Islam akan bangun semula secara global.
Kita dituntut supaya jangan jemu berdoa dan jangan kedekut menyumbang wang ringgit kepada usaha-usaha pembebasan Gaza Palestin dan penguasaan sepenuhnya Masjidil Aqsa ke tangan umat Islam yang akan dilakukan seterusnya.
Apakah pandangan pendita Yahudi?
"Jangan harap Israel akan dapat dikalahkan oleh Islam kecuali jamaah solat subuh mereka sama ramainya dengan solat Jumaat"
29 May 2010
HEBATNYA I'TIKAF
Dari abu hurairah r.a bahawa Rasulullah saw bersabda; "Malaikat mendoakan untuk seseorang kamu selama ia masih berada di dalam musolla (masjid) di mana ia melakukan solat dan selama ia belum berhadas (terbatal wudhu'). Kata Malaikat: "Ya Allah, ampunilah dia dan turunkanlah rahmat-Mu kepadanya."
HR Bukhari,
20 May 2010
EMAK,IBU,UMI,MAMA...........
EMAK
Bila seronok, aku cari.
...pasanganku
Bila sedih, aku cari....Mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....Mak
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....Emakku
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....Mak
Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"
Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. Mak ingat kat aku
Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon Mak
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Emak
Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja...
bolehkah kau kirim wang untuk Mak?
Mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
Berderai air mata jika kita mendengarnya........
Tapi kalau Mak sudah tiada..........
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....
Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup. mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup..... membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup....... membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......
SAYANGILAH IBU ANDA SEPERTIMANA DIA MENYAYANGI ANDA ...

17 May 2010
KETANDUSAN KASIH SAYANG
1. Antara Suami isteri
Ikatan perkawinan itu tujuannya untuk menyatukan kehidupan agar lelaki dan perempuan memperolehi kesempurnaan hidup dan membina rumahtangga bahagia bersama-sama anak-anak. suami jadi ketua dan menjaga polisi, isteri jadi pengurus melaksanakan polisi. Sementara anak-anak jadi kakitangan yang akan menjayakan pembinaan rumahtangga yang indah dan bahagia. meraka saling bekerjasama dan rasa bersama.
Tetapi rata-rata dalam rumahtangga di dunia kini, suami isteri tidak boleh berbaik-baik. Sering berselisih faham, berkrisis dan berpecah-belah. Fahaman sekular dan ilmu sekular tidak mampu untuk membuatkan suami isteri bersefahaman, bertolak ansur, hormat-menghormati dan mengekalkan kasih sayang. Kegilaan pada dunia dan harta benda, serta sikap individualistik telah memutuskan kasih dan rasa kemanusiaan sesama manusia sekali pun antara suami dengan isteri.
Mereka tinggal serumah tapi tidak sehaluan. Masing-masing memaksa-maksa diri untuk menjalankan tanggungjawabnya. Isteri terpaksa berlakon taat, suami memaksa-maksa diri memikul beban keluarga. Bertemu satu penyeksaan. Salah yang kecil jadi masalah besar. Suami kalau ingin 'mendekati' isteri, tanpa persetujuan isteri, dituduh marogol.
Pergaduhan sering terjadi. Kadang-kadang sampai pukul memukul dan berbunuhan. Masing-masing berfikir hendak bercerai tetapi terhalang oleh anak-anak atau tidak mampu membayar harga penceraian yang cukup mahal atau demi memiliki harta bersama. Yang mana kalau bercerai, takutjadi miskin dan papa.
Demikianlah rosaknya hidup manusia sekular ini. Daripada 10 rumahtangga, mungkin satu sahaja yang elok. Selebihnya bagaikan berada dalam penjara yang menyeksakan kedua pihak.
2. Antara Anak-anak Dan Ibu Bapa
Di dalam rumahtangga orang sekular, yang ibu dan ayah sering bertengkar dan bermasalah, anak-anak pun tentu berjangkit sama. Suasana hidup yang mesra, berkasih sayang dan hormat-menghormati susah sekali berlaku. Suasana tegang, pertengkaran, derhaka, benci-membenci adalah perkara biasa.
Anak-anak yang sepatutnya begitu kasih dan taat serta memuliakan orang tua, tetapi tidak demikian jadinya. Ajaran sekular mengajar anak-anak bertanya ibu bapa, "Mengapa lahirkan saya ke dunia?"
Jasa ibu bapa tidak dinilai, sebab dianggap memang itu tanggungjawab setiap ibu bapa. "Meraka yang nak lahirkan saya, mereka tanggunglah bebannya." Begitu balasan anak pada susah payah orang tua yang membesarkannya.
Sikap mementingkan diri yang disuburkan tanpa kawalan dalam fahaman sekular telah meletakkan rumahtangga dalam ketegangan dan pecah-belah. Tinggal serumah tapi hati berjauhan. Ibu bapa seolah-olah menyesal melahirkan orang yang menyeksa hidupnya. Pengorbanan membesarkan anak terasa satu kerugian dan bebanan.
Kalau di Barat. pecahnya institusi keluarga terserlah bilamana anak perlu membuat temujanji dahulu sebelum datang kerumah ibu bapanya. Tanpa temujanji, kedatangannya tidak dilayan atau tertolak. Begitulah sebaliknya ibu bapa yang hendak kerumah anak nya, kena membuat temujanji terlebih dahulu. Gambarkan, buah hati, cahaya mata yang kita tatang-tatang telah menjadi orang asing, yang pertemuan dengannya dibataslan oleh undang-undang ciptaan sendiri. Bukankah ini penyakit sosial yang membunuh kebahagian hidup manusia? Itulah hasil menganut fahaman dan kehidupan sekular! Sekularisme tidak mampu menyelesaikan masalah ibu bapa dan anak-anak. Keadaan yang melanda seluruh dunia ini terbiar sudah sekian lama. Ada suara-suara mengkritik tetapi penyelesaiannya tetap tiada! Sebab pengkritik tidak membawa contoh atau tidak memaparkan masyarakat model.
3. Antara Guru Dan Murid
Sebagaimana rosaknya hati dan fikiran anak-anak terhadap ibu ayah dan begitu jugak sebaliknya, demikianlah yang berlaku di sekolah antara murid dan guru. Antara seorang yang memerlukan ilmu dan didikan dengan yang memberi ilmu dan didikan. Dunia sekular telah menghanyutkan manusia ke tahap guru dan murid boleh bergaduh, benci-membenci dan biadap terhadap satu sama lain
Sikap individualistik telah menjahanamkan rasa fitrah. Guru bencikan muridnya dan murind bencikan gurunya. Bukan saja dibarat, bahkan negara-negara anak didikan barat, suasana kehidupan di sekolah sudah teruk sekali. Bukan saja dikelas-kelas pengajian akademik, malah dalam sesetengah kelas pengajian agama sekalipun, sudah berlaku perlakuan guru menjerit-jerit memaki hamun anak murid, anak murid mengangkat-angkat kaki ke meja, duduk terkangkang, melawan guru dan seumpanya.
Di setengah negara di Timur, termasuk Malaysia, sudah ada sekolah yang menjadi 'anak angkat' polis. Yakni polis terpaksa berkawal di sana kerana telah banyak berlaku kes jenayah. Sekolah bukan lagi tempat melahirkan insan berguna tetapi bagaikan kandang harimau dan kambing, yang penghuninya melepaskan selera masing-masing.
Itulah sekularisme. Ia membuatkan guru bekerja kerana makan gaji dan murid pun belajar untuk suati hari nanti juga akan dapat makan gaji. Kecintaan pada gaji telah mencabut rasa murni seorang guru untuk melayan dan mendidik muridnya dengan sebaik-baik.`Juga membunuh rasa murni murid untuk sayang dan hormatkan gurunya. Tiap-tiap hari guru tunggu gaji sedangkan hati jauh sekali untuk bertemu dengan murid. Murid pula ghairah dengan pekerjaan bergaji besar, tetapi malas sekali ke sekolah untuk berdepan dengan harimau-harimau garang di depan kelas.
Itulah kehidupan di sekolah dalam alam sekular. Pusat pendidikan jadi tempat yang penuh masalah.

24 April 2010
MUTIARA BERHARGA MENGENAI .......... SYUKUR
"Maka ingatlah kepada-Ku supaya Aku ingat kepadamu.
Dan bersyukurlah kepada-Ku dan janganlah kamu
menjadi orang-orang yang tidak mahu berterima kasih"
(Al Baqarah: 152)
"Allah Taala tidak akan berbuat menyeksa kamu
kalau kamu bersyukur dan beriman"
(An Nisa: 147)
"Dan kami akan memberikan ganjaran
untuk orang-orang yang bersyukur"
(Ali Imran: 145)
"Dan sedikit sekali hamba-hamba-Ku
yang tahu bersyukur"
(Saba: 13)
"Kalau kamu bersyukur nescaya Aku
tambah nikmat-Ku kepadamu"
(Ibrahim: 7)
"Orang yang makan yang bersyukur
adalah seperti orang yang berpuasa yang sabar"
(Maksud Hadis)
Syukur itu setengah dari iman.
(Ibnu Mas'ud)
renung-renungkanlah.
22 April 2010
"SESUNGGUHNYA, ALLAH MEMANG SENGAJA..........
Memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yang salah supaya kita dapat
menjadi penilai yang baik.
Memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yang salah supaya kita sedar
bahawa kita hanyalah mahluk yang sentiasa
mengharapkan pertolongan ALLAH.
Memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yang salah supaya kita dapat
KASIH SAYANG YANG TERBAIK KHAS UNTUK
DIRI KITA.
Memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yang salah supaya kita sedar
bahawa ALLAH MAHA PEMURAH DAN PENYAYANG
kerana mengingatkan kita bahawa dia
bukanlah pilihan yang hebat untuk kita
dan kehidupan kita pada masa depan....
Memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yang salah supaya kita dapat
mengutip pengalaman yang tak semua orang
berpeluang untuk mengalaminya.
Memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yang salah supaya kita jadi
MANUSIA yang HEBAT JIWANYA.
Memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yang salah supaya kita lebih
faham bahawa CINTA yang TERBAIK HANYA ADA
BERSAMA ALLAH
Memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang salah supaya kita LEBIH
MENGENAL KEHIDUPAN yang TAK SELAMANYA KEKAL.
Wahai sahabat yang kecewa, menderita dan
sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa
kehidupan kita semakin sampai ke
penghujungnya. Hari esok pun kita
sendiri tak pasti sama ada menjadi milik
kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan
melaksanakan suruhan-NYA dan
meninggalkan larangan NYA
PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu
untuk menolak permintaan hamba-NYA yang
menadah tangan meminta dengan penuh
pengharapan HANYA kepada-NYA.
Subscribe to:
Posts (Atom)