nuffnang ads
14 June 2013
19 September 2012
JANGAN BERSEDIH KERANA ANDA UNIK
DAN
TERSENDIRI, BERBEZA DARI ORANG
LAIN
Dr. James Gorgon Gilkey berkata: “Keinginan untuk
menjadi diri sendiri adalah sesuatu yang sudah tua setua sejarah dan sangat
umum seperti hidup manusia. Begitu juga halnya dengan keinginan tidak menjadi
diri sendiri, ini juga menjadi punca yang sering menimbulkan masalah kejiwaan”.
Yang lain berkata: “Anda dalam penciptaan ini
adalah sesuatu yang lain, yang tidak seorang pun menyerupai anda dan
sebaliknya, anda juga tidak menyerupai seorang pun. Sebab Zat Yang Maha
Mencipta sudah membezakan setiap satunya diantara mahluk”.
Allah swt berfirman:
“Sesungguhnya usaha kamu berbeza-beza.” (Surah
Al-Lail:4)
Angelo Battero sudah menulis tiga puluh buku dan
ribuan artikeltentang mendidik anak. Katanya : “Tidak ada seorang yang paling
menderita melebihi orang yang tumbuh tidak menjadi dirinya sendiri, tumbuh
tidak menjadi jasadnya sendiri dan tidak menjadi fikiranya sendiri.”
Allah swt berfirman:
“Allah telah menurunkan air (hujan) dari langit
maka mengalirlah air dilembah-lembah menurut ukuranya.” (Surah Ar-Ra’d:17)
Setiap orang mempunyai sifat, sahsiah, serta
potensinya sendiri maka dari itu tidak boleh seseorang menjadi kedalam sahsiah
orang lain.
Ingatlah bahawa anda dicipta dengan bakat tertentu
untuk melakukan satu pekerjaan tertentu pula. Seperti dikatakan: ”Bacalah diri
anda, lalu fahami apa yang akan anda berikan”.
Emerson dalam makalah On Self-Reliance menulis:
”Akan sampai Waktunya nanti ketika ilmu pengetahuan manusia sampai pada satu keyakinan bahawa kedengkian itu
adalah satu kebodohan dan bertaklid adalah bunuh diri. Dan seseorang perlu
menerima dirinya sendiri dalam keadaan bagaimana pun sebab itu adalah nasibnya.
Walaupun alamsemesta ini penuh dengan hal-hal yang baik namun seseorang baru
dapat menghasilkan satu biji sawi pun selepas menanam dan mengolah tanah yang
sudah diberikan kepadanya. Kekuatan yang ada dalam dirinya adalah sesuatu yang
baru dalam alam ini. Dan tidak ada yang tau sehebat mana kemampuanya, pun
dirinya sendiri, hingga ia mencuba”.
Allah swt berfirman:
”dan katakanlah, Bekerjalah kamu maka Allah dan
Rasul-Nya serta orang-orang mukmin akan melihat pekerjaan itu”. (Surah
At-Taubah: 105)
Ayat-ayat berikut ini akan memperkuat harapan,
meneguhkan azam dan akan memperbetulkan persangkaan anda tgerhadap Tuhan.
”Katakanlah (wahai Muhammad): ’Wahai hamba-hambak-
Ku yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan
perbuatan-perbuatanm maksiat, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah
kertana sesungguhnya
Allah mengampunkan segala dosa: sesungguhnya
Dialah jua Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani”. (Surah Az-Zumar: 53)
”Dan juga orang-orang yang apabila melakukan
perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah
lalu memohon ampun akan dosa mereka dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan
dosa-dosa melainkan Allah dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang
mereka telah lakukan itu, sedang mereka
mengetahui (akan salahnya dan
akibatnya)”. (Surah Ali Imran: 135)
”Dan sesiapa mengerjakan kejahatan dan menganiaya dirinya, kemudian dia memohon
ampun kepada Allah, nescaya ia mendapati Allah Maha Pengampun lagi Maha
Mengasihani”. (Surah An-Nisa’: 110)
(Al-Hidayah Telok Panglima Garang)
12 September 2012
TALAM DUA MUKA (ADU DOMBA)
SATU penyakit yang melanda masyarakat pada hari
ini ialah sifat mengadu domba serta menyebarkan berita palsu. Dua perkara ini
boleh memporak perandakan masyarakat, meruntuhkan rumah tangga, memutuskan
hubungan persaudaraan serta menanam bibit kebencian antara satu sama lain. Pada
masa sama teknologi juga digunakan seperti e-mel dan facebook bagi
merealisasikan tujuan buruk itu.
Perkara ini dijelaskan Allah SWT bermaksud; ”Dan
janganlah engkau ikut sekalian orang yang suka bersumpah, menghina dan kesana
kemari menyebarkan fitnah. Menghalang kebaikan, memperbanyakkan dosa maksiat,
melampaui batas dan bersikap kasar”. (Surah ql-Qalam ayat 10-13). Rangkaian
sifat di atas dipisahkan Allah SWT antara satu sama lain kerana masing-masing
mempunyai darjat kejahatan tersendiri. Ini termasuk bersikap talam dua muka
seperti lalang yang ditiup angin mengikut suasana dan keadaan setempat.
Disamping itu, ada juga yang sibuk mencari kelemahan orang lain serta
mendiamkan diri dengan kebaikan yang dilakukan. Jika tiada berita yang hendak
dibawa, maka dicipta pendustaan yang seburuk-buruk perangai. Ada yang mulut
semanis madu ketika berhadapan seseorang, tetapi sepahit hempedu apabila
berjauhan. Inilah antara sifat sampingan yang dimaksudkan ayat di atas.
Ulama bersepakat semua sifat ini antara dosa besar
di haramkan Allah SWT. Ini dijelaskan Baginda SAW di dalam hadisnya bermaksud;
”Sejahat-jahat mahluk di atas muka bumi ini ialah mereka yang suka menyebarkan
fitnah, memutuskan hubungan kasih sayang serta mencipta permusuhan antara
masyarakat”. (Hadis riwayat Ahmad).
Semua sifat ini dicetuskan perasaan irihati
disamping menunjukan betapa sifat amanah semakin menipis. Rasulullah SAW
melintasi dua kubur lalu bersabda; ”Sesungguhnya mereka berdua sedang diazab
kerana menyebarkan fitnah dan tidak menjaga kebersihan ketika membuang air
kecil”. (Hadis riwayat Bukhari & Muslim)
Imam Muslim meriwayatkan hadis dari ibnu Masud RA
bahawa Baginda SAW bersabda bermaksud; ”Tidakkah kamu ingin aku khabarkan
kapada kamu sifat merosakkan iaitu mereka yang suka menyebarkan fitnah di
kalangan masyarakat”. (AL-Hadis). Hadis lain menyebut; ”Kamu akan mendapati
sejahat-jahat manusia di hari kiamat ialah mereka yang bersifat talam dua
muka”. Sahabat Nabi SAW, Abu Hurairah menyebut ia adalah seburuk-buruk perangai
dalam komuniti umat.
Bagi Muslim tidak berburuk sangka terhadap saudara
seagama dan berusaha menutup kelemahan orang lain kerana mereka yang menutup
keaiban orang lain ketika di dunia, Allah SWT akan menutup keaibannya pada hari
kiamat. Berita yang didengar tidak perlu dihebahkan kepada orang lain kerana ia
mungkin mencetuskan permusuhan antara saudara seagama. Jangalah kita terlalu
cepat menghukum disebabkan berita yang kita dengar.
Ulama feqah terkenal iaitu Imam laith bin Saad
pernah didatangi seorang lalu berkata; ”Wahai Imam, seseorang menyebut
mengenaimu begitu dan begini......lalu dijawab Imam: ”Mohonlah keampunan
daripada Allah SWT untuknya”.
Seorang ulama sufi bernama Abd Wahab Munabbih
mendengar berita daripada pemuda lalu beliau menjawab; ”Apakah tiada syaitan
lain yang menjadi posmen selain kamu”? Berapa ramai mereka yang tidak bersalah
dihukum. Mereka yang baik telah dizalimi. Harta dirampas. Terputus hubungan ibu
dan anaknya. Pasangan ideal dengan tunangnya. Semuanya gara-gara penyebar
berita palsu.
Oleh itu jalan selamatb ialah bersikap mendiamkan
diridan jangan mudah menerima berita yang didengar serta menyebarkannya.
Marilah kita sama-samamenggunakan segala nikmat yang dianugerahkan kepada
kejalan yang diredai Allah SWT.
03 September 2012
JANGANLAH BERSANDAR KEPADA
YANG SELAIN ALLAH
Jika yang menghidupkan, mematikan
dan memberi rezeki adalah Allah, lalu mengapa mesti ada rasa takut kepada sesama
manusia? Menurut hemat saya, yang membuat kesusahan dan kegusaran itu adalah
sikap bergantung kepada orang lain, keinginan mencari simpati mereka, keinginan
untuk dipuji dan keinginan supaya tidak dicela. Walhal, ini merupakan kelemahan
dalam tauhidnya.
Kuharap
engkau bersikap manis walaupun hidup sangat pahit
Kuharap
engkau reda walaupun orang lain murka
Jika
cinta-Mu membara maka semua yang lain adalah ringan
Dan
semua yang ada di atas tanah itu adalah tanah
(Masjid Al-Hidayah Telok Panglima Garang)
(Masjid Al-Hidayah Telok Panglima Garang)
21 June 2012
09 June 2012
TERKADANG YANG BERBAHAYA ITU
MENDATANGKAN MANFAAT
William James
berkata: “Penderitaan sudah membantu kita untuk mencapai suatu batas yang tidak
pernah dibayangkan. Seandainya Dostoyevsky dan Leo Tolstoy tidak mengalami
hidup susah kedua-duanya tidak akan berjaya menulis buku-buku yang mengagumkan
dan kekal sehingga ke hari ini.”
Dengan demikian
keyatiman, kebutaan, pengasingan dan kemiskinan menjadi salah satu sebab
tumbuhnya kreativiti, produktiviti dan sumbangan.
Seorang pujangga
bermadah:
Kadang-kadang Allah
menganugerahkan nikmat dengan cubaan walaupun sangat besar. Dan sudah menguji
sesetengah kaum dengan nikmat.
Sesungguhnya anak-anak
dan kekayaan sudah menjadi sebab munculnya kesengsaraan:
“Oleh itu, janganlah engkau tertarik hati kepada harta
benda dan anak-anak mereka, (kerana) sesungguhnya Allah hanya hendak menyeksa
mereka dengan harta benda dan anak-anak itu dalam kehidupan dunia dan hendak
menjadikan nyawa mereka tercabut sedang mereka berkeadaan kafir (untuk mendapat
azab akhirat pula)” (surah At-Taubah: 55)
Ibnu Atsir menulis buku-bukunya yang mempersona seperti Jami’
al-Ushul dan As-Nihdyah dalam keadaan ia tidak boleh berjalan.
As-Sarkhasi menulis bukunya yang terkenal Al-Mahsul
yang berjumlah lima belas jilid ketika ia dipenjara bawah tanah.
Ibnu Qayyim menulis bukunya Zadul Ma’ad ketika ia
berada di dalam perjalanan.
Al-Qurtubi menulis syarah untuk Sahih Muslim ketika
dia berada diatas perahu.
Manakala kebanyakan dari fatwa-fatwa Ibnu Taimiyyah ditulis
ketika dia berada didalam penjara.
Para Ulama hadis mengumpulkan ratusan
ribu hadis ketika mereka berada dalam keadaan miskim dan terasing.
Seorang soleh memberitahu bahawa dia
pernah dipenjara dan berjaya menghafaz Al-Quran secara keseluruhan didalam
penjara dan boleh membaca sebanyak empat puluh jilid buku.
Adul ’Ala’ Al-Ma’arri membaca kumpulan
sajaknya ketika dia buta.
Taha Husain ketika buta ia berjaya
menulis dan menyiapkan buku-bukunya.
Ramai orang menonjol selepas
melepaskan jawatan kerana selapas itu ia boleh mempersembahkan ilmunya dan
idea-ideanya secara penuh berbanding ketika masih memegang jawatan.
Banyak kesusahan mengepung, lalu Allah
menundukkannya, tetapi anda tidak memerhatikannya.
Francis Bacon berkata: ”Sangat sedikit
falsafah yang mengheret kepada kekafiran sebaliknya mendalami falsafah akan
mendekatkan otak kepada agama.”
”Dan tiada yang memahaminya
kecuali orang-orang yang berilmu.” (Surah
Al-Ankabut: 43)
”Sesungguhnya yang takut
kepada Allah di antara hamba-hamba-Nya, hanyalah ulama.” (Surah Fatir: 28)
”Dan berkata orang-orang yang
diberi ilmu pengetahuan dan keimanan (kepada orang-orang kafir): ’Sesungguhnya
kamu telah berdiam (dalam kubur) menurut ketetapan Allah, hingga hari berbangkit,”
(Surah Ar-Rum: 56)
”Katakanlah: ”Sesungguhnya aku
hendak mengingatkan kepadamu suatu hal sahaja, iaitu supaya kamu menghadap
Allah (dengan ikhlas) berdua-dua atau sendiri-sendiri; kemudian kamu fikirkan
(tentang Muhammad) tidak ada penyakit gila sedikitpun pada kawanmu itu.” (surah
Saba’: 46)
(Masjid Al-Hidayah
Telok Panglima Garang)
04 June 2012
HAIWAN YANG HALAL DAN
HARAM
Sesuatu
yang telah disepakati oleh para ulama ialah: asal hokum dalam semua perkara
–kecuali ibadah yang mempunyai kaedah lain-
adalah harus hingga datang dalil yang menunjukkan kepada haram. Ini
berdasarkan kaedah;
Perkara
yang haram adalah apa yang diharamkan oleh Allah dan Rasul-Nya manakala apa
yang didiamkan daripadanya adalah sesuatu yang dimaafkan. Sesungguhpun begitu
al-Quran talah memberikan panduan tentang makanan yang bagaimanakah yang perlu
dan boleh dimakan.
Firman
Allah SWT:
“Hai
sekelian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat dibumi,
dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan; kerana sesungguhnya
syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu” (al-Baqarah:168)
Firman
Allah SWT:
“Dia
menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka segala
yang buruk (al-A’raf:157)
Al-Quran
telah menegaskan bahawa makan yang dihalalkan oleh Allah ialah yang baik-baik
sahaja. Justeru itu makanan yang memudaratkan agama dan kesihatan adalah haram
dan termasuk di dalam al-khbai’th.
Perkara
–perkara yang diharamkan :
1)
Bangkai .
Ini
berdasarkan firman Allah SWT:
Katakanlah
: “Tiada aku peroleh dalam wahyu yang
diwahyukan kepadaku , sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak
memakai , kecuali kalau makanan itu bangkai , atau darah yang mangalir atau
daging
babi
, kerana sesungguhnya semua itu kotor
atau binatang yang disembelih atas nama selain Allah. Barang siapa yang dalam
keadaan terpaksa sedang dia tidak menginginkannya dan tidak [pula] melampaui
batas ,
maka sesungguhnya Tuhanmu Maha Pengampun lagi Maha
Penyayang. [al-An’am:145]
Termasuk di dalam kategori bangkai ialah haiwan:
i-yang mati tercekikatau dicekik.
ii-yan\g mati kerana dipukul sama ada dengan kayu
atau dihempap dengan sesuatu yang dikejutkan.
iii-yang mati kerana terjatuh atau dijahtukan dari
tempat tinggi termasuk juga yang dicampak ke dalam dan
seumpamanya.
iv-yang mati kerana ditandukoleh binatang lain.
v-yang mati
keranadimakan binatang lain, sekalipun anjing pemburu yang terlatih.
Dalilnya ialah fiman Allah SWT:
Diharamkan bagimu [memakan] bangkai, darah, daging
babi, [daging haiwan] yang disembelih atas nama selain Allah ,yang tercekik,
yang dipukul, yang jatuh, yang ditanduk, dan yang diterkam binatang buas,
kecuali yang sempat kamu menyembelihnya, dan
[diharamkan bagimu] yang diembelih untuk berhala.
Dan [diharamkan juga] mengundi nasib dengan anak
panah, [mengundi nasib dengan anak panah itu] adalah kefasikan. [al-Mai’dah;3]
Ayat 3 surah al-Maidah ini mengecualikan mana-mana
yang tersebut yang sempat disembelih secara syar’ie selagi ia belum mati.
2)Darah yang mengalir.
Dalilnya
ialah ayat-ayat di atas.
Ibn Abbas r.a telah ditanya tentang limpa, lalu
beliau menjawab:
“makanlah’’ lalu mereka berkata: “ia adala darah”,
jawab beliau “yang diharamkan kepada kamu hanyalah darah yang mengalir”.
3) Babi.
Dalilnya ialah ayat-ayat diatas.
Ayat-ayat tersebut hanya menyebut daging, ini
menyebabkan segelintir manusia menyangka selain dari daging babi seperti tulang
dan lemaknya adalah halal. Sedangkan yang sahih ialah: setiap yang berasal
darinya adalah haram dan hanya daging yang disebut kerana kebiasaannya daging
itu yang dimakan.
4) Sembelihan untuk selain
daripada Allah.
Dalilnya ialah ayat-ayat diatas.
Maksudnya ialah binatang disebutkan nama selain
Allah semasa penyembelihan. Begitu juga sembelihan yang ditujukan kepada selain
daripada Allah, samada disebut namanya atau tidak semasa penyembelihan, bahkan
sekali pun dibacakan bismillah. Menurut pengarang Fath al-Majid fi Syarh Kitab
al-Tawhid: ” Ini kerana sembelihan untuk berhala (an-Nusb) menunjukkan
pengagungan untuk taghut sekalipun tidak dilafaskan namanya. Maka iasama dengan
sembelihan yang disebut nama selain Allah. Jika diharamkan kerana disebut:
”dengan nama al-Masih” dan sebagainya, maka memaksudnya adalah lebih aula untuk
diharamkan. Sebabnya, ibadat kepada selain dari Allah adalah lebih besar
kekufurannyaberbading yang memohon kepada selain Allah. Oleh yang demikian, jika haiwan itu
disembelih untuk selain dari Allahsebagai ibadah (taqarrub), hukumnya haram
sekalipun desebut bismillah.
5) Semua binatang buas (as-Siba’) yang
bertaring.
Kata
Ibn al-Athir: “iaitu binatang pemangsa yang memakan secara menerkan seperti:
singa, harimau, serigala dan seumpanya. Sabda Nabi SAW:
“Setiap
yang memiliki taring dari kalangan pemangsa, maka memakannya adalah haram”, (Riwayat
Malik, Muslim dan lain-lain dari hadith Abi Tha’labah al-Khusyani)
Al-Syafi’e
berpandangan bahawa as-siba’ yang diharamkan ialah yang nyerang manusia seperti
singa, harimau dan serigala. Oleh itu dubuk dan musang adalah halal. Abu Hanifa
pula berpendapat bahawa karnivor adalah as-sabu’ diantaranya: gajah, dubuk dan
kucing. Semuanya haram disisinya.
6)
Semua jenis burung berkuku tajam dan menyambar.
Dalilnya
ialah hadith Ibn Abbas, katanya:
“Rasulullah
SAW melarang (memakan) setiap yang
bertaring dan binatang buas dan setiap yang berkuku (claw) dari burung.”
(Riwayat Muslim)
Adapun
yang dimaksudkan dengan burung yang mempunyai kuku ialah: yang kukunya tajam
digunakan untuk menangkap dan melukakan serta mengoyak mangsa. Cntohnya;
helang, enggang, gagak dan laying-layang. Dikecualikan daripadanya; merpati dan
burung-burung kecil, kerana ia termasuk
dalam al-mustatob (perkara yang dipandang baik)
7)
Keldai peliharaan
Di antara perkara yang diharamkan oleh Nabi
SAW dalam peperangan Khaibar ialah keldai peliharaan. (Riwayat al-Bukhari dan
Muslim)
Kata
al-Allamah Siddiq Hasan Khan; “Ramai dikalangan umat arab yang memiliki naluri
yang sejahtera mengharamkannya dan dia melihat syaitan.”
Sabda
Nabi SAW;
‘Apabila
kamu mendengar suara keldai, maka mohonlah perlindungna Allah dari syaitan;
sesungguhnya dia melihat syaitan.” (Riwayat al-bukhari dan Muslim)
Para
ulama sepakat tentang halalnya keldai liar dan kuda belang dan seladang, Nabi
SAW telah dihadiahkan dengan keldai liar lalu baginda memakannya. (Riwayat
al-Bukhari dari hadith Abi Qatatah).
8)
Al-Jallalah (Binatang yang memakan kotoran)
Iaitu
binatang yang memakan kotoran dan sesuatu yang menjijikan. Ibn Hazm
menghadkannya hanya kepada yang berkaki empat sedangkan Ibn Hajar menyatakan
ianya umum. Dalilnya;
Hadith
Ibn Umar;
Rasulullah
SAW melarang dari memakan al-jallalah dan meminum susunya. (Riwayat Ahmad, Abu
Daud, Ibn Majah dan at-Tirmizi yang mensahihkannya).
Hadith
Ibn Abbas;
Larangan
itu ialah tentang memakan al-jallalah dan meminum susunya (Riwayat Ahmad, Abu
Daud, at-Tirmizi, an-Nasa-I, Ibn Majah, al-Hakim. At-Tirmizi mensahihkannya ). Kata al-Hafiz dalam
al-Fath: ia adalah yang paling sahih dalam bab ini. Kata al-Albani; zahir
hadith memihak kepada Ibn Hazmlantaran disebut tentang susunya. Sungguhpun
begitu, para ulam meluaskannya kepada yang lebih umum sebagaimana yang disebut
oleh Ibn Hajar. Kata al-Baghawi; ‘kemudian hokum tentang binatang yang memakan
kotoran, hendaklah dilihat; jika ia hanya memakannya kadang-kadang, maka ia
bukan al-jallalah; justeru tidak haram dimakan seperti ayam dan sebagainya”.
Kata Ibn Hazm; “telah sahih bahawa Abu Musa mengurung ayam (bertujuan membersihkan
makanannya), jika didapati memakan kotoran”.
Berhubung
hal ini para ulama berbeza pendapat:
i-
Ahmad,
ath-Thauri dan al-Syafi’iyyah berpendapat memakan al-jallalah adalah haram.
Inilah yang ditegaskan oleh Ibn Daqiq al-Eid.
ii-
Sebahagian yang lain menyatakan hukumnya adalah
makruh sahaja.
Hukum memakan haiwan halal yang memakan bahan dari
daging babi.
i-
Pendapat Malik dan sebahagian ulama; daging dan
telurnya harus dimakan; kerana makanan yang najis itu dapat disucikan dengan
istilah (seperti mengurungnya).
ii-
Pendapat sebahagian yang lain seperti ath-Thauri,
al-Syafi’e dan Ahmad; haram memakan daging, telur dan susunya.
iii-
Pendapat yang lain; jika kebanyakkan makanan nya
adalah najis, maka dia adalah jallalah dan tidak boleh dimakan, sebaliknya jika
kebanyakkan makanannya bukan najis, ia boleh dimakan.
- Jawatankuasa Tetap Penyelidikan dan Fatwa Arab
Saudi mentarjihkan pendapat yang mendetailkan keadaan.
‘Illah bagi keharaman al-Jallalah ialah kenajisan,
‘Illah itulah yang mengubah daging dan susunya dari halal kepada haram. Jadi
apabila ‘illat itu hilang dengan cara mengurungnya atau yang seumpama itu,
hilanglah hukumnya berdasarkan kaedah, oleh demikian, tiada lagi ruang untuk
mengharamkannya. Kerana ia adalah halal asalnya dan diharamkan lantaran halangan (najis). Apabila hilang najis, hilang haram.
Pendapat inilah yang sahih sepertimana yang
dijelaskan oleh al-Hafiz dalam al-Fath dan al-Albani. Namun tiada satu had yang
ditentukan dalam mengurung ayam al-jallalah selama 3 hari. Kata Siddiq Hasan
Khan:
”barangsapa yang mendakwa bahawa najis itu masih
kekal, sedangkan nama dan sifatnya sudah pergi, hendaklah memberikan dalil”.
9) Anjing dan kucing
Hampir tiada khilaf dikalangan ulama tentang
pengharaman anjing melainkan satu riwayat pandangan Malik yang menyatakan
sebagai halal. Sungguhpun begitu, sebahagian ulama Malikiyyah (khususnya yang
mutaakhirin0 menyanggahi pandangan itu. Pengharaman anjing datang dengan
beberapa faktor;
i-
ia adalah najis menurut jumhur ulama; lataran
arahan Nabi SAW supaya bekas yang dijilat oleh anjing hendaklah dibasuh 7 kali
yang pertama dengan air tanah. (Riwayat Muslim).
ii-
Ia termasuk didalam al-mustakhbath (yang paling
jijik); ia memakan kotoran.
iii-
Larangan Nabi SAW daripada memakan harga anjing
dan kucing. (Riwayat as-sahih)
Dalil
keharaman kucing pula disebut di dalam hadith Jabir;
Bahawasanya
Nabi SAW telah melarang dari memakan kucing dan harganya. (Riwayat Abu Daud,
at-Tirmizi, dan Ibn Majah, dalam isnad hadith ini Muhammad bin Zaid – dhaif).
Sungguhpun
begitu , ia dikuatkan dengan dalil yang sama tentang keharaman anjing diatas.
Menurut ulama, tiada beza hokum diantara kucing liar ataupun jinak, melainkan
salah satu pandangan al-Syafi;yyah yang menyatakan halal kucing liar.
10)
Semua binatang yang menjijikan.
Firman
Allah SWT:
“
dan dia menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka
segala yang buruk” (al-A’raf:157)
Kebanyakan
ulama memberikan garis panduan dalam hal ini seperti berikut;
i-
Apa
yang dipandang jijik dan kotor oleh manusia (yang murni Fitrahnya) dari jenis
haiwan – bukan kerana sesuatu ‘illah atau kerana tidak biasa – sebaliknya
semata-mata kerana mengangapnya jijik, maka ia adalah haram.
ii-
Apabila
sebahagian manusia menganggapnya jijik sedangkan ia tidak, maka yang diambil
kira ialah tanggapan majority.
Sungguhpun
begitu , al-Albani mempersoalkan tentang kesukaran menetukan yang manakah
pandangan teramai dan ia juga membabitkan soal budaya dan seumpamanya. Oleh itu
menurutnya, yang paling tepat ialah: setiap yang jijik disisi syara’itu
tentulah akan memudaratkan diri dan agama manusia.
Kebanyakan
haiwan yang tidak dimakan oleh manusia sedangkan tiada dalil yang jelas
menunjukkan ia haram, merupakan haiwan dari kategori ini.
11)
Semua binatang yang diarahkan untuk dibunuh atau dilarang dari dibunuh.
Sebilangan
ulama berpendapat bahawa binatang-binatang yang dilarang oleh Nabi SAW dari
membunuhnya atau yang diarahkan untuk membunuhnya adalah haram
Binatang
yang diarahkan dibunuh;
Sabda
Nabi SAW;
Dari
‘Aisyah bahawa rasul SAW bersabda;
5
jenis binatang semuanya fawasiqboleh dibunuh di Tanah Haram; burung gagak,
burung laying-layang, kala jengking, tikus, anjing dan al-aqur (sejenis
binatang yang menggigit). (Riwayat al-Bukhari, Muslim, at-tirmizi dan
an-Nasai).
Binatang
yang dilarang dibunh;
Sabda
Nabi SAW;
Dari
Ibn Abbas bahawa Nabi SAW telah melarang daripada membunuh 4 jenis binatang
semut, lebah,belatuk dan nuri.
12)
Binatang beracun samada yang ikan atau selainnya, diburu atau dijumpai mati.
Ini adala jelas kerana Islam melarang
al-Khabai’th. Juga dengan umum ayat;
“ Dan Belanjakanlah (harta bendamu) di jalan
Allah, dan jangalah kamu menjatuhkan dirimu sendiri kedalam kebinasaan, dan
berbuat baiklah, kerana sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat
baik”. (al-Baqarah:195)
13) Haiwan dua Alam
Kata al-Qadi Ibn al-Arabi; Pendapat yang sahih
berhubung haiwan yang hidup didarat dan air ialah dilarang; kerana terdapat
percanggahan dalil halal dan haram. Lalu kami memenangkan dalil haram sebagai
langkah berhati-hati (ihtiyat).
Sementara sebilangan ulama pula berpendapat bahaw
a semua haiwan yang memang hidup dilaut
adalah halal sekalipun ia mungkin boleh hidup didaratan kecuali katak kerana ada dalil lain berhubungnya.
14) Binatang yang tidak
disebutkan statusnya
Berdasarkan sbda Nabi SAW;
“ Apa yang Allah halalkan didalam kitab-Nya, maka
ia halal. Apa yang Allah haramkan, maka ia haram.
Apa yang Allah diamkan tentangnya, maka ia adalah
dimaafkan. (Riwayat al-Bazzar dan katanya; sanadnya sahih, juga disahihkan oleh
al-Hakim).”
15) Contoh-contoh binatang yang
diperselisihkan hukumnya.
a)
Landak;
-
yang mengharamkannya; Abu Hanifah dan Ahmad
-
yang menghalalkannya Malik dan Syafi’e, Dalil yang mengharamkannya, ialah
hadith dari Ibn Umar dalam riwayat Ahmad dan Abu Daud. Namun isnadnya dhaif.
Oleh itu yang rajah ialah: halal.
b)
Katak
-
yang menghalalkannya; Malik
Dalilnya;
Umum
ayat Allah (terjemahan)
“
Dihalal bagi kamu binatang buruan laut dan makanan (yang berasal) adri laut
sebagai makanan yang lazat bagimu, dan orang-orang yang dalam perjalanan
(al-Maidah:96)
-
Umum hadith tentang air dan bangkai haiwan dilautan.
Dia
(laut) suci air nya dan halal bangkainya. (Riwayat Malik, al-Syafi’e dan Imam
yang empat).
Kedua-dua
dalil ini umum tentang hidupan / haiwan di
laut (air), lalu ia mengcakupi katak; kerana katak termasuk dalam kategori
soidul bahr.
-
yang mengharamkan; Ahmad
Dalilnya
:
Hadith
Abd Rahman bin Uthman tentang seorang
doctor bertanya kepada Nabi SAW tentang hukum menjadikan katak sebagai ubat
(untuk dimakan), lalu Nabi SAW melarang dari membunuhnya. (Riwayat disahihkan
oleh al-Hakim. Dalam sanadnya ada Sa’id bin Khalid al-Qurtubi; didhaifkan oleh
an-Nasai tetapi dithiqahkan oleh Ibn Hibban serta kata ad-Daraqutni; dia
Madaniyy yang boleh dibuat hujah denganya).
Justeru
itu, jika nabi melarang dari dibunuh katak sedangkan tujuannya adalah untuk
sesuatu yang penting seperti dijadikan ubat, tentulah ia tidak boleh dimakan
sebarangan. Larangan makannya pula tentulah kerana ia memang haram dimakan. Ini kerana
Nabi SAW jika melarang dari membunuh sesuatu haiwan, maka ia mungkin kerana kehormatannya seperti
manusia atau kerana haram dimakan seperti katak.
Asy-Syawkani pula seakan-akan tidak bersetuju
dengan kaedah binatang yang dilarang dibunuh bererti haram dimakan; lantaran
baginya tidak jelas.
Namun yang rajih ialah: katak haram dimakan.
c) Buaya
- yang menghalalkannya; Malik, Syafi’e dan
sebahagian yang lain. Ini kerana termasuk didalam soidul barh. Oleh itu
tentulah i9a terkandung didalam ayat surah al-Maidah:96 tersebut.
- yang
mengharamkannya ; Abu Hanifah dan sebahagia yang lain. Ini kerana ia termasuk
di dalam binatang buas, lalu termasuk di dalam kategori binatang buas
bertaring.
Kata Ibn Baz; masalah ini adalah ijtihadiyyah dan
perbahasan nya luas, namun yang lebih ahwat (berhati-hati) ialah meninggalkan
daripada memakannya; mengambil kira khilaf yang wujud disamping langkah
berjaga-jaga mengelakkan larangan.
Penutup
Ini adalah yang dapat diusahakan berhubung
persoalan halal dan haramnya binatang-binatang yang mempunyi berbagai-bagai specis.
Penjelasan tajuk boleh dirujuk di dalam kitab-kitab tafsir dan hadith serta
buku-buku fiqh.,
Subscribe to:
Posts (Atom)



.jpg)