Di dalam hati kita ada bermacam-macam rasa, bermacam-macam sifat dan kekuatan yang dikurniakan oleh Allah kepada kita. Ada rasa benci, marah, sayang, kasih dan lain-lain lagi. Begitu juga sifat berani, takut, malu dan lain-lain. Semuaini adalah kekuatan-kekuatan, modal asas untuk kita berhubung dengan Allah.
Allah menyebut di dalam Al-Quran, menceritakan tentang diriNya, tentang ketinggianNya, tentang Keagungannya;
" Dialah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata; Dialah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Dialah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Menguasai (sekelian alam); Yang Maha Suci; Yang Maha Selamat Sejahtera (daripada segala kekurangan); Yang Maha Melimpahkan Keamanan; Yang Maha Pengawal serta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang Maha Kuat (menundukkan segala-galanya); Yang Melengkapi segala KebesaranNya. Maha Suci Allah dari segala yang meraka sekutukan denganNya " [Surah Al-Hasyr : 22 - 23]
Proses menghubungkan rasa hati inilah yang sukar; sukar kerana ianya adalah diantara dua perkara ghaib; Kekuasaan Allah dan rasa-rasa. keinginan-keinginan dan matlamat-matlamat yang banyak kita sembunyikan dan tersembunyi daripada dunia luar. Keinginan kita, sangkaan-sangkaan kita, hajat-hajat kita tiada siapa yang tahu kecuali kita sendiri. Tetapi adakah ianya juga tersembunyi daripada Allah? Disinilah timbulnya persoalan.... Adakah kita merasai Allah S.W.T mengetahui apa yang ada di dalam hati kita? Mungkin kita perlu duduk dalam satu suasana informal dan bertanya pada hati dan perasaan kita samada kita merasainya atau tidak.
Jika wujud rasa hati itu barulah terjalin hubungan antara hati kita dengan Allah S.W.T. Kadang-kadang kita merasakan segan, lebih takut manusia mengetahui niat-niat, sangkaan-sangkaan di dalam hati kita daripada Allah mengetahui, kerana itu kita sembunyikan daripada rakan-rakan dan sahabat-sahabat, kita sembunyikan daripada dunia. Makaterputuslah hubungan hati kita dengan Allah S.W.T, yang wujud hanyalah hubungan hati dengan manusia dengan dunia nyata; bukan dengan Yang Ghaib......
Firman Allah Subhanahuwata'ala:
Terjemahannya:-
"Apakah mereka diciptakan tanpa sesuatupun ataukah mereka yang menciptakan (diri mereka sendiri)? Ataukah mereka telah menciptakan langit dan bumi itu, sebenarnya mereka tidak meyakini (apa yang mereka katakan). [Surah ath Thuur : 35-36]
Firman Allah subhanahuwata'ala lagi:
Terjemahannya:-
"Hai manusia, sembahlah Tuhanmu Yang telah menciptakanmu dan orang-orang yang sebelummu, agar kamu bertaqwa. Dialah yang menjadikan bumi sebagai hamparan bagimu dan langit sebagai atap, dan Dia menurunkan air (hujan) dari langit, lalu Dia menghasilkan dengan hujan itu segala buah-buahan sebagai rezeki untukmu; kerana itu janganlah kamu mengadakan sekutu-sekutu bagi Allah, padahal kamu mengetahui" [Surah al Baqarah : 61-63]
Firman Allah Subhanahuwata'ala lagi:
Terjemahannya :
"Allah lah yang menjadikan bumi bagi kamu tempat menetap dan langit sebagai atap, dan membentuk kamu lalu membaguskan rupamu serta memberi kamu rezeki dngan sebahagian yang sebaik-baik, Yang demikian itu adalah Allah Tuhanmu, Maha Agung Allah, Tuhan semesta alam. Dialah Yang Hidup Kekal, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melaikan Dia; maka sembahlah Dia dengan memurnikan ibadah kepada Nya. Segala puji bagi Allah Tuhansemesta alam. [Surah al Mu'min : 64-65].
Inilah hakikat seruan dan laungan setiap para Nabi dan Rasul yang datang silih berganti itu, kepada umat-umat mereka. Beginilah Allah Subhanawata'ala dengan limpah kurnianya meyakinkan kita akan hubungan kita denganNya adalah sesuatu yang sangat dihajati (dharuri). Tanpa terjalin hubungan ini hidup kita kosong, sesat, rugi semata-mata. Begitulah berhajatnya kita kepada Allah subhanawata'ala.
Justeru, semarakkan hati sanubari kita dengan kecintaan dan taqarrub kepada-Nya dengan melakukan ketaatan dan ibadah kepada-Nya. Tidak syak lagi, inilah perkara yang mesti diutamakan daripada perkara-perkara yang lain.
Takut kepada Allah subhanahuwata'ala apabila bersendirian di tempat sunyi dan juga ketika di khalayak ramai mendahului perkara lain dalam akhlak, muamalat dan amalan.
Makna Hubungan Dengan Allah
Hubungan manusia dengan Allah SWT, mengikut keterangan Al-Quran Al-Karim bermaksud supaya manusia menjadikan hidup, mati, solah dan segala ibadah semata-mata untuk-Nya.
" Katakanlah: Sesungguhnya solahku, ibadahku, kehidupanku dan kematianku bagi Allah, Tuha sekalian alam" [Al-Anaam: 162]
"Takut akan Allah di tempat sunyi dan tempat yang terang." [Hadith]
"Sesiapa yang cintakan Allah, memberi kerana Allah dan mencegah kerana Allah, sesungguhnya telah sempurna imannya." [Hadith]
Dari Masjid Telok Panglima Garang
nuffnang ads
16 October 2011
28 September 2011
19 September 2011
FORMULA KEJAYAAN
Kejayaan bukan tujuan tetapi satu perjalanan. Kejayaan ialah kembara. Untuk itu kejayaan mempunyai tiga formula: 1. misi/visi tepat dan jelas; 2. membangun potensidiri ketahap maksima; 3. boleh memberi kebaikan kepada orang lain. Kejayaan hidup di dunia ialah apabila seseorang mampu mencapai hasanah dunia iaitu dari persektif kualiti: kualiti harta: kualiti hati.
Formula kejayaan hidup pertama ialah memiliki visi dan misi yang jelas dan tepat. Visi berasal dari perkataan vision yakni gambaran. Seseorang yang berjaya sebenarnya memiliki visi jangka panjang dan jangka pendek. Visi jangka pendek ialah seseorang memperolehi harta yang halal dan tayyiba. Yakni kesenangan hidup dari segi material dan ketenangan jiwa. Apabila susah dia bersabar; apabila senang dia bersyukur; apabila mendapat rezeki dia qanaah. Manakala Visi jangka panjang pula ialah visi terhadap Allah juga terbahagi kepada dua: 1. Allah redha. 2. Kembali ke syurga. Ini kerana asal kita dari syurga, maka visi kita dapat kembali ke syurga semula.
Manakala misi pula ialah cara bagaimana untuk mencapai visi tadi. Jadi, misi kita terbahagi kepada dua: 1. Sebab kita didatangkan iaitu tak lain tak bukan melainkan adalah untuk menjadi hamba Allah. 2. Khalifah, supaya kita dapat memberi kebaikan kepada seluruh alam. Justeru, hasanah di dunia dapat menjamin hasanah di akhirat.
Allah itu unik. Allah tidak mencipta manusia untuk bodoh. Tetapi Allah mencipta manusia berbeza kecerdikan. Ada, cerita tentang seorang professor dengan pendayung sampan. Suatu hari seorang professor menaiki sampan yang dikendalikan oleh seorang pendayung sampan. Berlakulah perbualan diantara mereka;
Professor: engkau pandai menulis ke?
Pendayung sampan: tidak
Professor: engkau hilang separuh hidupmu. Engkau ada wang simpanan ke?
Pendayung sampan: tidak
Professor: engkau hilang separuh hidupmu.
Tiba-tiba sampan bocor.
Pendayung samapan: Tuan pandaikah berenang?
Professor: tidak
Pendayung sampan: tuan hilang seluruh hidup.
(sampan lalu karam, Professor yang tidak pandai berenang itu pun mati)
Orang yang berusaha untuk Berjaya adalah orang yang bertanding dengan dirinya sendiri. Sebenarnya kejayaan mempunyai jarak antara apa yang kita capai sekarang dengan apa yang mampu kita capai. Sekiranya jaraknya dekat, maka kejayaan mudah dicapai. Namun jika sebaliknya jarak antara keduanya jauh, maka agak sukarlah sesuatu kejayaan itu untuk diraih. Setiap manusia sebenarnya lebih kuat dari apa yang dirinya sendiri. Sebagai contoh, kita ada seratus billion sel otak namun kita hanya guna sepuluh peratus sahaja untuk menjana kebijaksanaan. Sedangkan potensi tidak dikeluarkan habis lagi. Segala mehnah ujian hidup seperti sakit, gagal ; terasa pedih. Namun Allah tidak menguji sesuatu yang diluar kemampuan seseorang. Allah hanya menguji setakat kemampuan. Kita tidak keluarkan seluruh potensi untuk mangatasi ujian, ini disebabkan dua perkara: 1. Lemah mujahadah. Ini kerana terlalu memanjakan diri hingga tak boleh susah sikit. Ujian merupakan sunahtullah. Ini kerana besar ujian, besar pengorbanan, besar pahala jika bersabar. 2. Malas (penyakit mazmumah) tiada manusia bodoh dalam dunia ini melainkan yang ada adalah manusia malas.
Kisah kedua berkenaan seorang budak yang tercari-cari barangnya yang hilang. Suatu malam, seorang pemuda terlihat seorang budak lelaki telah mencari barangnya yang hilang dibawah sebatang lampu jalan. Lama dia mencari barangnya tetapi tidak ketemu. Berlaku perbualan di antara pemuda dengan budak tersebut:
Pemuda: apa yang kamu cari?
Budak lelaki : saya mencari wang saya yang hilang.
Pemuda: di mana terjatuhnya duit kamu itu?
Budak lelaki: di sana (seraya menuding jari ke arah tempat yang jauh dari lampu tersebut)
Pemuda: kenapa kamu mencarinya di sini?
Budak lelaki: senang, Di sini terang. Mudah jumpa duit tu.
Sikap budak tadi bolehlah diumpamakan dengan sikap seseorang yang gagal berusaha. Ini kerana kejayaan bukan berada di zon selesa. Tiada pergerakkan maka tiada perubahan. Namun kejayaan berada di coverage zone, zon liputan. Seorang bayi akan pandai berjalan setelah dia melalui pergerakan merangkak. Kemudian dia cuba bangun, jatuh, bangun semula. proses susah itu adalah mujahadah. Mujahadah itu pahit, syurga itu manis. Syurga terbahagi kepada dua: 1. syurga ajilah, yakni syurga yang disegerakan. Iaitu ketengan hidup, kemewahan hidup di dunia. 2. Syurga hakiki, Ya ini syurga sebenar di akhirat kelak di mana kita dapat berjumpa Allah. SYURGA DIPAGARI DENGAN KESUSAHAN. Jadi, bersusah-susahlah untuk mendapat syurga Allah.
Dua sebab mengapa seseorang itu tidak memperolehi kejayaan: 1. Tidak benar-benar inginkan kejayaan. Seraya berkata "Kalau tak dapat tak pelah..." 2. Tidak dapat membayangkan sesuatu kejayaan yang berlaku pada dirinya. Seseorang yang ingin pergi menunaikan haji. Apa yang dilakukan dia sering membayangkan Kaabah. Di rumahnya di gantungkan gambar kaabah. Setiap hari dia menatapnya. Dan akhirnya tercapai cita-citanya untuk pergi menunaikan ibadah haji di Mekah. Sikap manusia suka tergopoh-gapah dan berkeluh kesah. Seseorang yang ingin mendidihkan air. Namun setelah lama dia menunggu dari kepanasan bermula 1 darjah celcius hingga 99 darjah celcius. Dia kemudian berputus asa, lalu memadam api. Air tidak mendidih. Sedangkan jika dia tunggu sekejap lagi, hanya tinggal 1 darjah celcius lagi untuk air itu mendidih. Oleh itu sabar juga adalah kunci kejayaan. Wallahu a'alam.
Dari Masjid Al-Hidayah Telok Panglima Garang

16 September 2011
MOOD RAYA
Kita baru keluar daripada bulan Ramadhan. Mood berhari raya masih belum pudar, Open house disana sini. Kadang-kadang hinggakan habis syawal masih lagi ada open house. Seolah-olah syawal ialah bulan membalas dendam. apapun amalan ziarah-menziarahi serta bermaaf-maafan memang dituntut di dalam Islam . Namun, perlulah kita teliti ungkapan ini : JADILAH HAMBA ALLAH BUKAN HAMBA RAMADHAN. RAMADHAN BUKAN PENJARA. RAMADHAN ADALAH MEDAN LATIHAN. Yang demikian perlulah kita teruskan amalan yang baik pada bulan Ramadhan ke sebelas bulan-bulan yang lainnya hingga kita bertemu semula Ramadhan akan datang untuk kita perbarui sessi latihan berikutnya. Teruskanlah dengan iktikaf, membaca serta tadabbur al-quran, qiamullail, banyakkan berdoa, solat sunat, puasa sunat serta lakukanlah ibadah haji dan umrah ; menjaga lisan ; menutup aurat ; menjaga batas pergaulan ; tidak tenggelam dalam hiburan yang melalaikan. Teruskanlah amalan yang boleh menyuburkan taqwa, Semua ibadah tersebut merupakan jalan menuju taqwa. Taqwa ialah kejayaan hakiki.
Dipanjangkan Dari Masjid Al-Hidayah Telok Panglima Garang.

11 September 2011
ADAB MENYAMBUT EIDUL FITRI
a. Mandi sunat hari raya diawal pagi
b. Memakai wangian dan pakaian paling bagus, dan tidak semestinya baru; pakaian menutup aurat tidak jarang dan tidak ketat.
c. Makan sebelum berangkat menuju ketempat solat sunat Eidul Fitri
d. Sepanjang ketempat solat sunat Eidul Fitri, pada waktu ini lah sebenarnya waktu terbaik untuk melafazkan takbir raya. Ini tidaklah bermakna ada larangan untuk kita bertakbir pada waktu sebelumnya, seperti yang diamalkan di Malaysia, bertakbir dari rumah ke rumah selagi mana tidak menyusahkan tuan rumah
e. Sebaik-baik tempat solat Eidul Fitri ialah ditempat terbuka seperti dipadang atau dewan besar, di mana dibolehkan perhimpunan besar diadakan. Sekiranya keadaan diizinkan di Malaysia, budaya solat sunat Eid di surau-surau kecil perlu di kurangkan secara beansur-ansur, dengan memilih tempat yang besar seperti dewan atau padang, dengan bacaan imam terbaik, serta khutbah raya terbaik.
f. Semua disunatkan pergi ketempat solat tersebut, termasuklah bagi wanita yang haid. Bagi yang terlambat, atau keseorangan di kejauhan, maka bolehlan dibuat secara bersendirian.
g. Pulang mengikut jalan yang lain berbanding jalan pergi ke tempat solat. Ini bagi membolehkan kita bertemu dengan lebih ramai umat Islam.
h. Mengucapkan tahniah dan doa kepada umat Islam lain. Selain ucapan-ucapan raya yang biasa diamalkan, ada sepotong hadith hasan yang menyebut nabi memberikan ucapan 'Taqabballahu minna wa minkum' yang bermaksud semoga Allah menerima amalan kita semua.
i. Membuat apa sahaja simbol gembira dan mengembirakan orang lain, asalkan tidak melanggar syariat. Nabi sendiri mengizinkan dua budak perempuan daripada bani Aus menyanyikan lagu kaum mereka di rumah baginda ketika Aisyah berada di rumah.
Akhirnya, persoalan apa bestnya raya...... hanya mempunyai satu jawapan sahaja. iaitu bestnya raya..... sekiranya kita best menunaikan ibadah Ramadhan, serta memahami falsafah Eidul Fitri.

18 August 2011
Mengintai Lailatul Qadar di Akhir Ramadhan
Lailatul Qadar merupakan satu malam pada bulan Ramadhan yang lebih baik daripada seribu bulan. Ada pendapat mengatakan Al-Quran di turunkan oleh Allah melalui Jibril dari Luh Mahfuz ke Baitul Izzah dilangit dunia pada malam ini secara sekaligus. Selepas itu barulah Al-Quran diturunkan secara beransur-ansur kepada Nabi Muhammad SAW selama 23 tahun. Ada pendapat lain pula mengatakan bahawa Al-Quran mula diturunkan kepada Rasulullah pada malam Lailatul Qadar.
Pada malam ini, Allah menurunkan Jibril dan para malaikat ke bumi untuk membawa keberkatan dan mendoakan kesejahteraan ornag-orang mukmin yang beribadat kepadaNya. Selain itu, Jibril dan para malaikat turut membawa perkara yang ditakdirkan akan berlaku pada masa hadapan.
Allah Azza Wajalla berfirman di dalam surah Al-Qadr ayat 1-5 maksudnya :
1. Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada malam Lalilatul Qadar,
2. Dan engkau mengetahui apa (kebesaran) malam Lailatul Qadar itu?
3. Malam Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan.
4. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);
5. Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar.
Allah mengulang perkataan Lailatul Qadar sebanyak 3 kali bagi menunjukkan kebesaran dan kemuliaan malam ini.
Bila berlakunya malam Lailatul Qadar?
Para Ulama' berbeza pendapat tentang waktu berlakunya Lailatul Qadar. Terdapat beberapa hadith Rasulullah SAW boleh dijadikan panduan, iaitu :
*Salah satu malam daripada 10 malam terakhir
Daripada Aishah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda :
Maksudnya : Carilah Lailatul Qadar di sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan.
*Salah satu daripada 7 malam terakhir
Maksudnya : Seorang sahabat Rasulullah bermimpi di dalam tidurnya pada 7 malam terakhir bulan Ramadhan. Maka Rasulullah bersabda : Aku berpendapat mimpimu itu menepati 7 malam terakhir. Sesiapa yang ingin mencarinya (Lailatul Qadar), maka carilah di 7 malam terakhir.
*Malam yang ganjil antara sepuluh malam terakhir iaitu 21,23,25,27,29
Daripada Aishah r.a bahawa Rasulullah bersabda :
Maksudnya : Carilah Lailatul Qadar di malam ganjil antara sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan.
Hikmah Allah tidak memberitahu secara jelas waktu berlakunya Lailatul Qadar ialah supaya umat Islam memperbanyakkan ibadah pada bulan ini, tidak tertumpu pada malam-malam tertentu sahaja. Imam Al-Qurtubi telah menyatakan bahawa Lailatul Qadar boleh berlaku pada mana-mana malam dibulan Ramadhan kemungkinan di awalnya atau pertengahan atau diakhir Ramadhan. Pun begitu, Kita dituntut memperbanyakkan ibadah pada 10 malam terakhir sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah SAW.
Kelebihan Lailatul Qadar
1. Lailatul Qadar bererti malam kemuliaan iaitu malam nuzul (turun) Al-Quran.
2. Beramal pada Lailatul Qadar lebih baik daripada 1000 bulan yang lain.
3. Setiap doa dimakbulkan kerana diaminkan oleh para malaikat.
4. Ibadat diberi ganjaran pahala yang berlipat ganda.
5. Diampunkan dosa orng yang memohon dengan ikhlas.
6. Rahmat Lailatul Qadar sehingga terbit fajar pagi.
7. Jibrail mendoakan kebahagian orng yang beribadat.
Sekarang datang waktunya. Ramadhan datang!
Kita puasa, kita tarawikh, kita baca Al-Quran, kita qiamullail, kita jaga silaraturrahim, kita banyakkan sedekah, kita memberi makan orng berbuka puasa, kita ikhlaskan hati dalam beramal.
Dipanjangkan dari Masjid Al Hidayah Telok Panglima Garang

21 April 2011
Tips Agar Terjaga daripada Godaan Syaitan
1. Beristi'azaah atau biasa dibaca A'uzubillahi minassyaiton nirrajim
2. Membaca 3 Qul iaitu surah al-ikhlas,al-falak dan al-nas.
3. Membaca ayat kursi sebelum tidur.
4. Membaca surah al-baqarah. Berdasar hadis nabi yang bermaksud,
"Sesungguhnya syaitan lari dari rumah yang dibacakan surah al-baqarah didalamnya." (Riwayat Muslim)
5. Membaca dua ayat terakhir daripada surah al-baqarah setiap malam.
6. Berwuduk dan melakukan solat.
7. Menahan diri daripada melihat, berbicara, makan dan bergaul yang melampaui had dan batas kerana syaitan
dapat menguasai manuia melalui empat perkara iaitu pandangan, ucapan, makanan dan pergaulan.

Subscribe to:
Posts (Atom)